Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Monday 24 June 2013

MULIANYA SYA'ABAN

Ahmad: Jom  pose esok!
Muhammad: Esok? Nnape nop pose esok..?  Dop ramadhan lagi kan? Eh.
Ahmad: Astaghfirullah akhi.. Esok 15 Sya’ban, maknanya, esok, nisfu sya’ban~
Muhammad: Astaghfirullah, boleh pulop  terlupa. Jazakallah akh, ingatkan..
Ahmad: Alhamdulillah, Allah yang ingatkan ana. Kitakan kena saling ingat-mengingati.

   Inilah antara dialog-dialog yang berlaku dalam kalangan umat Islam kini. Hari-hari Allah itu sememangnya perlu diperingatkan sesama kita Umat Islam kerana kita ini alpa. Tambahan pula dengan fitnah penggunaan kalendar Gregorian Miladi atau Masehi itu menjadikan umat Islam semakin jauh dan tercuai daripada mengingati ‘hari-hari Allah’.

   Bulan Sya’ban adalah bulan yang mulia. Kenapa? Kerana bulan sya’ban berada di antara dua bulan mulia, iaitu bulan Rejab sebelumnya (padanya, Rasulullah sallallahu 3alaihi wasalam melakukan Isra’ Mikraj), dan bulan Ramadhan selepasnya (padanya, umat Islam diwajibkan berpuasa dan adanya malam al qadar).
Apakah peristiwa yang berlaku dalam bulan Sya’ban pula? Antum fillah, jangan buat-buat lupa.. Ada dua peristiwa yang perlu kita ingat dalam bulan mulia ini. Pertamanya, peristiwa pertukaran Qiblat, dan keduanya, nisfu sya’ban.

   Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban ialah peristiwa pertukaran kiblat. Allah s.w.t telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara` bin Azib maksudnya: "Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmaqdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar.”

Pertukaran kiblat menjadi isu besar di Madinah. Orang Yahudi mengambil kesempatan menabur fitnah memperlekehkan dakwah Rasulullah. Lalu diturunkan ayat 142 Surah al-Baqarah. Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ``Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ``Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.

Ada dua pengajaran penting yang perlu kita jadikan amalan dalam mencari redha Allah.

1. Kita mestilah bersegera dalam melaksanakan sesuatu, tambahan lagi dalam melaksanakan perintah Allah. Rasulullah lantas menukarkan qiblatnya setelah mendapat wahyu dari Allah tanpa menghabiskan rakaat solat asar baginda.

2. Doa dimakbulkan. Macam mana tu? Kalau kita inginkan Allah memakbulkan doa kita, bersungguhlah dengan hati yang ikhlas dalam meminta padaNYA.. Peristiwa ini berlaku pada tahun kedua Hijrah pada bulan Syaaban. Kebenaran daripada Allah s.w.t untuk kembali berkiblatkan Kaabah adalah contoh doa Rasulullah yang dikabulkan oleh Allah s.w.t. Ini kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan Rasulullah tersebut telah diperkenankan oleh Allah s.w.t pada bulan Syaaban.

Muhammad: Ahmad, peristiwa apa lagi yang best dalam bulan Sya’ban nih?
Ahmad: Waah.., semangat dia nak tahu..

Perang zat al-riqa`

Dalam pertempuran ini seramai 400 tentera Islam terdiri daripada berkuda dan berjalan kaki telah menghadapi kekuatan musuh daripada Banu Muharib dan Banu Tha’labah daripada Ghatfan di satu tempat di Najd bernama Zat al-Riqa’. Perang ini berlaku pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah. Perang ini berakhir dengan kemenangan di pihak Islam apabila kedua-dua kabilah musuh telah melarikan diri.

Perang banu al-mustalaq daripada khuza`ah

Seramai 1, 000 tentera Islam telah bertembung dengan Banu al-Mustalaq di satu tempat bernama al-Mari’ pada bulan Syaaban tahun ke-5 Hijrah. Pihak musuh telah melarikan diri selepas berlaku peperangan yang pendek.

Ahmad: Dan, paling penting, ada malam nisfu sya’ban!
Muhammad: Boleh  share  dop menda yang  berlaku pada nisfu sya’ban ni benarnya?

Malam nisfu syaaban

Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyebut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata:

“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Ahmad: Eh, Nok gi mane tu? Dop abih kabo lagi..!
Muhammad: Tidorlah. Nak bangun awal, nak sahur. Dalam sahur ada keberkatan.
Ahmad: (senyum)
*******
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)

Penulis: Ezzah Syahira Halim
            Timbalan Unit Pengisian Rohani BPP

Saturday 22 June 2013

TRAGEDI BERDARAH

Jordan,21 Jun(Jumaat):Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan(PUTRA) mengucapkan takziah di atas musibah yang telah menimpa dua orang mahasiswa daripada UK dan tiga orang mahasiswa daripada Universiti Yarmouk kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di sini.Kejadian berlaku antara jam 5.00 - 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.


Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :

1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia)
Universiti Kolej London.
Tahun 1.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Pengkhususan : Astronomi Fizik.
Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera)
London School Of Economy.
Tahun 4.
Pengkhususan : Ekonomi.
Tajaan: Bank Negara.
Asal : Perak.

3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu-
Universiti Yarmouk
Tahun 3
Pengkhususan : Pengajian Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal : Kelantan.

4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera)
Universiti Yarmouk
Tahun 3.
Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam
Asal: Kuala Lumpur

5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi)
Universiti Yarmouk
Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam.
Tajaan : Persendirian.
Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan.

   Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik.
   Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera.

   Semoga keluarga mangsa yang meninggal dunia terus tabah menerima dugaan ini.Sesungguhnya Allah lebih mengasihinya.Semoga roh beliau dicucuri rahmat-Nya.Begitu juga kepada mangsa lain yang tercedera  dan sama-sama kita mendoakan mangsa yang terlibat terutamanya saudara Shukri Alias yang masih dalam keadaan kritikal. Al-Fatihah.

Kubur anak kepada Saudara Nazirul Mubin dan isteri,Humairak

Sisipan

Bismillah..

Pada 13hb jun, kami akhawat Jordan telah menerima kedatangan 2 orang akhawat UK, Nur Ili Dayana binti Mazlan@Masgelan (pelajar Tahun Akhir Sains Aktuari, London Economy of School, penggerak di London) dan Sumaiyah binti Romli (pelajar Tahun 1, Astrofizik, University College London, adik yang baru menyertai gerabak dakwah dan tarbiyah Sept 2012 dan sangat konsisten dalam DnT) dalam rangka berjaulah selama 12 hari ke sini atas hadaf ingin menziarahi akhawat, mencari ibrah di bumi anbiya' dan berukhuwwah sesama ahli jaulah dan akhawat Jordan.

Pada awalnya, jaulah ke tempat tempat bersejarah yang berhampiran dengan Irbid telah diuruskan oleh akhawat. Kemudian pada 20hb dan seterusnya, seperti dirancang, jaulah akan diteruskan ke kawasan selatan Jordan yang jaraknya 6-7jam daripada Irbid menyebabkan akhawat meminta khidmat pelajar Melayu yang sudah biasa menjadi ajen pelancong.

Ahli jaulah mereka seramai 9 orang, 2 kereta. 2 orang akhawat UK menaiki kereta bersama 3 orang lagi pelajar Jordan; seorang pemandu lelaki (pelajar Universiti Yarmuk) dan sepasang suami isteri juga kedua-duanya pelajar Universiti Yarmuk yang mana isterinya mengandung 7 bulan setengah. Manakala kereta satu lagi dinaiki oleh seorang pelajar perempuan Yarmuk, seorang pelajar perempuan Mafraq dan ibu bapa pelajar tersebut.

Pada petang 21 Jun sekitar jam 4-5ptg, kereta yang dinaiki oleh akhawat UK terbabas ke dalam gaung ketika dalam perjalanan daripada Petra ke Aqabah. 2 orang iaitu Nazirul dan Arwah Sumaiyah telah tercampak keluar daripada kereta. Manakala sebuah lagi kereta dalam keadaan selamat dan telah hampir sampai di Aqabah, namun berpatah balik apabila mengetahui tentang kemalangan tersebut.

Semua mangsa yang terlibat dibawa ke Hospital Malikah Rania Petra. Setelah sampai di Emergency Department, Arwah Sumaiyah masih hidup dan sempat mengucapkan syahadah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beberapa minit setelah sampai di hospital. Innalillahi wainna ilahi rajiun.

Jenazah dalam keadaan yang baik dan sangat tenang alhamdulillah. Jenazah sedang diuruskan oleh pihak Education Malaysia Jordan, Prof Azidan untuk dihantar pulang ke Malaysia. Update terkini tentang waktu penerbangan belum diketahui.

Manakala Ukhti Ili Dayana patah tulang bahu, tulang rusuk dan tulang pinggang. Ukhti tersebut dalam keadaan stabil dan sudah sedar. Doktor Nidhal (Doctor yang bertanggungjawab) mengatakan bahawa tulangnya akan pulih dan bercantum semula secara spontan selama 3-4 minggu dengan pergerakan yang paling minimum.

Ukhti Ili Dayana akan dipindahkan ke Hospital Amman untuk rawatan lanjut dan consultation.

Pemandu cedera parah (retak dikepala - linear skull fracture, patah tulang bahu dan patah tulang rusuk - multiple rib factures, masih di ICU kritikal). Nazirul patah tulang kaki dan tangan (dah sedar boleh cakap, namun memerlukan surgery di tangan dan kakinya di Hospital Amman), Humairak isteri Nazirul keguguran kandungan berusia 8 bulan.

Ukhti Sumaiyah adalah akhawat yang baru ingin mengenal dunia dakwah dan tarbiyah, ukhti yang konsisten dengan program-program DnT di UK. Namun ketetapan Allah telah mendahului. Seorang rijal untuk ummah ini telah pergi. (Al-ahzab, 33:23)

اللهم اجعل مثواها الجنة. اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها. اللهم اخلفنا خيرا منها و اجرنا خيرا منها.

sumber:umwirdani@gmail.com

Thursday 20 June 2013

TANGISAN BUMI MAFRAQ

Mafraq,17 Jun:Sungguh,kematian itu pasti menjelma tidak kira usia sama ada muda ataupun tua.Begitulah lumrah kehidupan sebagaimana yang telah terjadi ke atas pasangan Fadhli Mokhtar dan isteri,Wan Fatin Nabilah kerana telah kehilangan cahaya mata sulung mereka yang bernama Wan Abdul Fattah pada jam 9 pagi hari ini.Sebab kematian bayi mereka yang baru berumur 23 hari itu dikatakan belum dikenal pasti namun ada tanda seperti suhu badan Wan Abdul Fattah meningkat secara mendadak sebelum dijemput menghadap Illahi.Bayi pasangan Fadhli Mokhtar dan Wan Fatin Nabilah ini telah dikebumikan di sekitar Mafraq pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama.
   
    Sehubungan itu,pihak Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan(PUTRA) yang dikendalikan oleh Biro Kemasyarakatan dan Sukan telah melancarkan kutipan derma kilat untuk pasangan ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung.Semoga kedua-dua pasangan ini terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian getir ini.Al Fatihah buat adik Wan Abdul Fattah.BERNAMA.

SEKALUNG TAHNIAH

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan(PUTRA)  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mabruk kepada  para graduan Jordan khususnya kepada ahli PUTRA yang telah berjaya menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk,Universiti Mu'tah,Universiti Al albayt dan JUST dalam pelbagai bidang atau takhasus.Semoga pulangnya kalian ke tanah air mampu berbakti kepada keluarga,agama,bangsa dan negara.
  Berikut adalah senarai nama ahli PUTRA yang khirij pada fasal thani:

Lelaki

BIL
NAMA
TAKHASUS
UNIVERSITI
1.
Amirul Faiz bin Mansor
Fiqh Wa Usuluh
Al-Albayt
2.
Wan Muhammad Zulhilmi bin Wan Zawawi
Fiqh Wa Usuluh
Al-Albayt
3.
Amer Hudhaifah bin Hamzah
Bahasa Arab
Al-Albayt
4.
Mohd Izzudin bin Abdul Majid
Fiqh Wa Usuluh
Mu’tah
5.
Noor Ridzuan bin Mohamad
Fiqh Wa Rasuluh
Yarmouk
6.
Ahmad Syahir bin Mohd Amir
Fiqh Wa Usuluh
Yarmouk
7.
Muhammad Muhtadi bin Mohd Khazani
Usuluddin
Yarmouk
8.
Wan Muhammad Zulfadli bin Abdul Halim
Pergigian
JUST
9.
Amirul Fadhli bin Hasnan
Perubatan
JUST
10.
Sydi Ahmad Firdaus bin Roslan
Perubatan
JUST


Perempuan

BIL
NAMA
TAKHASUS
UNIVERSITI
1.
Wan Noor Fariha bt Wan Abdul Razak
Fiqh Wa Usuluh
Al-Albayt
2.
Syukriyyah bt Md Daud
Fiqh Wa Usuluh
Al-Albayt
3.
Nur Aimuni bt Awang Ludin
Fiqh Wa Usuluh
Al-Albayt
4.
Nurul Azzah bt Mohamad Nadzmi
Usuluddin
Mu’tah
5.
Sya’wanah bt Yusuf
Fiqh wa Usuluh
Mu’tah
6.
Wan Nurul Hidayah bt Wan Ismail
Usuluddin
Mu’tah
7.
Wan Salwa bt Wan Hassan
Usuluddin
Mu’tah
8.
Ainun Sailah bt Mokhtar
Iqtisad
Yarmouk
9.
Nik Nokatijah bt Mohd Razak
Iqtisad
Yarmouk
10.
Nor Izzati Hazwani bt Hamzaini
Iqtisad
Yarmouk
11.
Noriana bt Samat
Fiqh Wa Usuluh
Yarmouk
12.
Adila Azura bt Abdullah
Perubatan
JUST
13.
Ainul Madina bt Muhammad
Perubatan
JUST
14.
Mahera Huda bt Abdillah
Perubatan
JUST
15.
Wan Nor Azleen bt Wan Endok
Perubatan
JUST
16.
Nur Syazwani bt Mamat
Perubatan
JUST
17.
Nurul Qisti bt Ab. Razak
Perubatan
JUST
18.
Rubiah bt Mohd Nor
Pergigian
JUST

Wednesday 12 June 2013

APA YANG ANDA TAHU TENTANG THOFILEH?

Sejarah Thofileh,Mu’tah
   Thofileh ialah satu nama tempat yang terletak di selatan negara Jordan yang dahulunya dikenali sebagai Taflus.Taflus(bukan perkataan Arab) maksudnya mengikut bahasa Arab ialah mantiqah jabaliyyah(tempat berbukit).Negara Jordan secara amnya terbahagi kepada beberapa kawasan iaitu kawasan berbukit,padang pasir dan kawasan mendatar(ghour).Ghour pula terbahagi kepada beberapa kawasan antaranya ghour syimali,ghour soofi dan lain-lain.Secara kasarnya kita boleh melihat Thofileh ialah salah satu kawasan berbukit yang lebih menghijau berbanding kawasan sekitarnya di Karak.
   
    Di sini,terdapat tempat-tempat bersejarah yang boleh kita lawati seperti maqam, *dhorih para sahabat Rasulullah SAW dan qol’ah(kota lama).Contoh maqam sahabat ialah maqam Al Haris bin Umair Al Azdi dan maqam Farwah Ibnu Amru Al-Juzami sementara dhorih sahabat pula antaranya ialah dhorih Kaab Ibnu Umair Al-Ghifari dan Jabir Al Ansori.Selain itu,qol’ah atau kota lama yang terkenal di sini ialah Qol’ah Thofileh,Qol’ah Silaq,Qol’ah Hissa dan banyak lagi.
    Menurut ahli sejarah,Thofileh jatuh pada tangan Islam selepas berlakunya dua perang iaitu perang Mu’tah dan perang Yarmouk.Perang Mu’tah terjadi disebabkan pembunuhan Al Haris Ibnu Umair Al Azdi ketika beliau diutuskan oleh nabi kepada Raja Busyro yang bernama Syurahbil Ibn Amru al-Ghassani ketika zaman pemerintahan Rom di bawah pimpinan Raja Kaisar.


Asal usul kabilah Arab
Kabilah Arab terbahagi kepada tiga iaitu:
1.Arab Baidah   (البائدة)
2.Arab ‘Aribah(العاربة)
3.Arab Musta’ribah  (المستعربة)
   Kabilah Arab Baidah ialah kaum arab yang telah dihancurkan oleh Allah seperti kaum Aad,Thamud dan lain-lain sedang kabilah arab ‘Aribah pula adalah kabilah asal bagi orang arab dan dikatakan asal orang arab adalah daripada kabilah ini.Kabilah al-‘Aribah dinisbahkan kepada kabilah Qohtoniyyah yang berasal daripada Yaman.Sejarah mengukirkan,golongan arab pernah membentuk kerajaan di Yaman antaranya kerajaan Saba’ yang dipimpin oleh beberapa pimpinan termasuk Ratu Balqis iaitu raja perempuan yang memerintah pada zaman Nabi Sulaiman AS.Salah seorang sahabat yang bernama Al Haris bin Umair berasal daripada keturunan Al Azdi yang mana kabilah Al Azdi itu merupakan kabilah arab Qohtoniyyah ini.
 
   Kabilah Arab Musta’ribah pula adalah kabilah yang berasal daripada keturunan Nabi Ismail AS.Asal kabilah ini adalah dari luar negeri arab tetapi digabungkan dengan bangsa arab kerana asal usulnya daripada Nabi Ismail AS  dan baginda anak kepada Nabi Ibrahim AS yang mana baginda bukan daripada bangsa arab.Baginda berasal daripada satu tempat yang dinamakan Our di Iraq.Susur galur keturunan kabilah Musta’ribah ini bermula ketika Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah ke Mekah dan baginda meninggalkan anak baginda Nabi Ismail AS dan isteri baginda Hajar di sekitar kawasan Mekah.Ditakdirkan tempat Nabi Ismail AS dan Hajar ditinggalkan itu telah keluar air mata air yang dinamakan Zam zam sehingga menarik golongan arab yang tinggal di sekitar Mekah untuk tinggal di situ untuk mendapatkan sumber air.Setelah itu,berlaku perkahwinan di antara Nabi Ismail AS dengan golongan arab ini dan bermulalah susur galur keturunan arab Nabi Ismail AS (Musta’ribah) sehingga sekarang.


*Dhorih : Tubuh orang yang mati ditanam di situ
 Maqam:Tempat persinggahan dan ada yang mengatakan maqam juga ditanam tubuh orang yang mati di situ.

Sumber     :Ustaz Syaafiq bin Zakaria
Disunting oleh:Biro Penerangan dan Penerbitan