Thursday 23 May 2013

PINDAAN PERLEMBAGAAN PUTRA 2013


Pendahuluan

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA) telah ditubuhkan pada 30 April 1998 bersamaan 4 Muharam 1419. Penubuhan ini adalah bertujuan untuk melaksanakan dasar-dasar kebajikan kepada rakyat negeri Terengganu yang menuntut di Jordan dengan penerapan nilai-nilai persaudaraan Islam.



 BAB PERTAMA
PENGENALAN


Fasal 1 : Nama

1.1  Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan dan ringkasannya disebut PUTRA.Nama  persatuan ini diterjemah ke Bahasa Inggeris sebagai Terengganu Student Association of Jordan dan Bahasa Arab sebagaiجمعية الطلبة الترنجانويين بالأردن  .

Fasal 2 : Alamat

1.2  No.24, Mohd Baseem Al-khammash Street, Al-sweifeh, P.O BOX 143310, Amman 1185,        Jordan.

Fasal 3 : Bahasa Rasmi

1.3  Bahasa Melayu

Fasal 4 : Penaung dan Penasihat

4.1 Penaung
           
            4.1.1 Kerajaan Negeri Terengganu
            4.1.2 Jabatan Penuntut Malaysia (Jordan)

4.2 Lembaga Penasihat
           
            4.2.1 Terdiri daripada 2 orang penasihat

Fasal 5 : Motto

Generasi Beriman Penjana Wawasan

Fasal 6 : Logo


 

                                                                        BAB KEDUA
DASAR DAN TUJUAN

Fasal 7 : Dasar

Membentuk kesepakatan dan menjaga kebajikan ahli melalui kerjasama
berpesatuan berdasarkan Islam.

Fasal 8 : Tujuan

8.1  Menjaga hal ehwal kebajikan ahli persatuan

8.2  Bertindak sebagai badan penyatuan Mahasiswa Terengganu dalam meningkatkan  semangat persaudaraan Islam.                                                            

8.3 Berperanan sebagai saluran rasmi di antara ahli dan pihak-pihak berkaitan.





                                                                        BAB KETIGA
KEAHLIAN

Fasal 10 : Jenis Keahlian

Keahlian terbahagi kepada dua iaitu:

10.1  Ahli Rasmi

Keahlian rasmi terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria berikut:

10.1.1  Rakyat negeri Terengganu.
10.1.2  Salah seorang daripada kedua ibu-bapanya memenuhi kriteria 10.1.1.
10.1.3  Penuntut pusat pengajian di Jordan.
10.1.4  Tidak menjadi Ahli Rasmi BKAN yang lain.

10.2  Ahli Bersekutu

Keahlian bersekutu terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria berikut:

10.2.1  Menetap di Negeri Terengganu Darul Iman melebihi 5 tahun.
10.2.2  Keluarga kepada ahli rasmi.

Fasal 11 : Permohonan Keahlian

11.1  Mengisi borang yang disediakan oleh PUTRA.
11.2  Membayar yuran pendaftaran pada tahun pertama dan yuran tahunan
          pada tahun berikutnya.

Fasal 12 : Yuran Keahlian

12.1  Yuran pendaftaran ahli adalah sebanyak JD 1.50 dibayar sekali semasa                          pendaftaran.
12.2  Yuran tahunan ahli diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi sesi semasa   mengikut kesesuaian.

Fasal 13 : Tanggungjawab Ahli

13.1  Menghormati serta mematuhi dasar, peraturan dan tatatertib PUTRA.
13.2  Membayar yuran keahlian yang ditetapkan.
13.3  Memelihara imej PUTRA.
13.4  Mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh PUTRA.
13.5  Mewujudkan suasana kerjasama sesama ahli.




Fasal 14 : Hak-hak ahli

Hak-hak ahli adalah seperti berikut:

14.1 Ahli Rasmi
14.1.1 Berhak menghadiri Mesyuarat Agung PUTRA.
14.1.2 Berhak untuk diundi/ dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi atau Ahli Lembaga               Tadbir PUTRA.
14.1.3 Berhak untuk mengundi.
14.1.4 Berhak untuk dilantik dalam jawatan-jawatan lantikan bagi tugas khas.
14.1.5 Berhak mengemukakan usul dan cadangan.

14.2 Ahli Bersekutu

14.2.1 Ahli Bersekutu berhak mendapat hak yang sama dengan Ahli Rasmi kecuali yang
            termaktub dalam fasal 14.1.2.

Fasal 15 : Perlucutan Keahlian

15.1 Keahlian terbatal dengan sendirinya jika berlaku perkara berikut:

15.1.1 Tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.

15.2 Keahlian boleh dilucutkan oleh Ahli Majlis Tertinggi atau alasan disiplin setelah diminta       penjelasan dan dinyatakan sebab-sebabnya dengan jelas.

15.3 Perlucutan keahlian dikira sah setelah ahli berkenaan diberi tahu secara lisan dan bertulis oleh Ahli Majlis tertinggi dan berkuatkuasa 15 hari selepas tempoh pemberitahuan.

15.4 Ahli yang dilucutkan keahlian boleh membuat rayuan bertulis kepada Ahli Majlis Tertinggi tidak lebih dari 14 hari dari tarikh keahliannya dilucutkan.





                                                          BAB KEEMPAT
STRUKTUR ORGANISASI & PENTADBIRAN

Fasal 16 : Struktur Organisasi

16.1 Struktur Pentadbiran PUTRA dikendalikan oleh 7 orang Ahli Majlis Tertinggi  PUTRA yang dipilih melalui Pilihan Raya PUTRA dan sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Lembaga Tadbir yang dipilih oleh Ahli Majlis Tertinggi dalam Mesyuarat Pentadbiran yang pertama, mereka terdiri daripada:

16.1.1 Yang Dipertua
16.1.2 Timbalan Yang Dipertua I
16.1.3 Timbalan Yang Dipertua II
16.1.4 Setiausaha Agung
16.1.5 Timbalan Setiausaha Agung
16.1.6 Bendahari Agung
16.1.7 Timbalan Bendahari Agung
16.1.8 4 orang Ahli Lembaga Tadbir

16.2 Yang Dipertua boleh melantik Ahli Jawatankuasa tambahan bagi tugas-tugas khas      tetapi tidak boleh diambil kira dalam membuat keputusan.

16.3 Ahli Majlis Mesyuarat (AMM)  dianggotai oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan Ahli Lembaga Tadbir (ALT).

Fasal 17 : Pentadbiran

17.1 Mesyuarat Pentadbiran boleh membentuk lajnah-lajnah khusus bagi melicinkan gerak    kerja persatuan.

17.2 Lajnah-lajnah ini hendaklah dicadangkan dalam Mesyuarat Pentadbiran dan dinyatakan dengan jelas bidang tugasnya dan disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

Fasal 18 : Perletakan Jawatan

18.1 AMT atau ALT yang memohon untuk perletakan jawatan perlu mengemukan surat    bertulis  kepada Yang Dipertua.

18.2 Permohonan perletakan jawatan akan diberitahu secara bertulis atau lisan oleh AMT selepas keputusan dibuat dalam Mesyuarat Pentadbiran dan berkuatkuasa serta-merta.

Fasal 19 : Perlucutan Jawatan

19.1 Ahli-ahli AMT dan ALT boleh dilucutkan jawatannya seperti berikut:
            19.1.1 Tidak menghadiri mesyuarat sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa alasan yang               munasabah.
            19.1.2 Dilucutkan oleh Yang Dipertua.
            19.1.3 Terlucut keahlian seperti perkara 15.1 dan 15.2
            19.1.4 Meninggalkan Jordan lebih daripada 4 bulan tanpa alasan yang diterima.

Fasal 20 : Kekosongan Jawatan

20.1 AMT berhak untuk mengisi sebarang kekosongan jawatan yang berlaku dan perlantikan    perlulah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa.

Fasal 21 : Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Ahli Majlis Tertinggi

21.1 Bidang Tugas Umum Ahli Majlis Tertinggi
            21.1.1 Bertindak sebagai wakil dalam sebarang jemputan program bagi                                                mewakili PUTRA samada dalam mahupun di luar Jordan.
            21.1.2 Bertindak sebagai badan disiplin dan tatatertib.
            21.1.3 Berhak  membentuk sebarang jawatankuasa khas untk keperluan                                                semasa.

21.2 Bidang Tugas Khas Ahli Majlis Tertinggi

            21.2.1 Yang Dipertua
                        a) Mempengerusikan mesyuarat Pentadbiran dan Mesyuarat Jawatankuasa                      PUTRA.
                        b) Mengesahkan sebarang dokumen yang berkaitan pentadbiran PUTRA.
                        c) Berhak menghadiri dan bersuara dalam sebarang mesyuarat yang                                  dijalankan oleh Lajnah-lajnah dibawah pentadbiran PUTRA.
                        d) Berhak membuat keputusan dalam sebarang perkara yang memerlukan                          tindakan segera dan dilaporkan dalam mesyuarat jawatankuasa.

            21.2.2 Timbalan Yang Dipertua I.
                        a) Memangku jawatan Yang Dipertua ketika ketiadaan dan membantu Yang                        Dipertua dalam tugas-tugasnya.

            21.2.3 Timbalan Yang Dipertua II
                        a) Mempengerusi dan mengurus pentadbiran berkaitan hal ehwal siswi.

            21.2.4 Setiausaha Agung
                        a) Mengendalikan segala urusun pendokumentasian PUTRA.

            21.2.5 Timbalan Setiausaha Agung
                        a) Mengendalikan segala urusan Pendokumentasian PUTRA berkaitan Siswi.

            21.2.6 Bendahari Agung
                        a) Mengurus dan merekod segala urusan keluar masuk kewangan PUTRA                                      untuk tujuan laporan.
                        b) Bertanggungajawab dalam kutipan yuran keahlian PUTRA.
                        c) Bertanggungjawab terhadap Aset milik PUTRA.


            21.2.7 Timbalan Bendahari Agung
                        a) Membantu Bendahari Agung dalam sebarang tugas perbendaharaan.
                        b) Bertanggungjawab terhadap kutipan yuran keahlian siswi PUTRA.




BAB KELIMA
KEWANGAN

Fasal 22 : Pengurusan Kewangan

22.1 Semua urusan kewangan mestilah diluluskan dan dilaporkan dalam
Mesyuarat Jawatankuasa dan dicatat bagi tujuan semakan dan rujukan.

22.2 Yang Dipertua dengan budi bicaranya boleh meluluskan peruntukan kewangan tidak     lebih daripada JD 100.000 untuk tujuan kecemasan tanpa melalui Mesyuarat Jawatankuasa. Peruntukan tersebut perlulah dilaporkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya.

22.3 Segala perbelanjaan dan pendapatan persatuan perlulah direkod, dibentang
        dan diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

Fasal 23 : Tahun Kewangan

23.1 Tahun kewangan dikira selepas bermula sesi pentadbiran baru PUTRA dan
         berakhir 3 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya.

Fasal 24 : Pemeriksa Kira-kira (Juruaudit)

24.1 Bagi tujuan semakan, 2 orang Juruaudit akan dilantik dalam kalangan ahli
         selain daripada AMT PUTRA sesi semasa dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

24.2 Pihak yang dilantik hendaklah membuat semakan dan memberikan komentar
        berkaitan perjalanan kewangan persatuan yang turut dibentang dalam Mesyuarat     Agung Tahunan sebelum mendapat pengesahan Ahli Majlis Mesyuarat.




                                                                      BAB KEENAM
MESYUARAT

Jenis-jenis Mesyuarat:

1.0 Mesyuarat Pentadbiran
2.0 Mesyuarat Jawatankuasa
3.0 Mesyuarat Agung Tahunan
4.0 Mesyuarat Agung Khas/ Tergempar

Fasal 25 : Mesyuarat Pentadbiran

25.1 Mesyuarat ini dianggotai oleh Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih dan dilantik.

25.2 Mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Yang Dipertua atau wakilnya dan
         boleh dihadiri oleh individu tertentu yang diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi.

25.3 Mesyuarat ini boleh diadakan berasaskan keperluan semasa dan dianggap sah dengan     kehadiran sekurang-kurangnya 2/3 ahli mesyuarat.

25.4 Segala keputusan mesyuarat hendaklah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa untuk mendapat mandat kecuali dinyatakan sebaliknya atau difikirkan sesuai oleh Yang Dipertua.

Fasal 26 : Mesyuarat Jawatankuasa

26.1  Mesyuarat ini dianggotai oleh Ahli Majlis Tertinggi dan Ahli Lmbaga Tadbir yang dilantik  atau dipilih.

26.2 Mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Yang Dipertua atau wakilnya dan boleh   dihadiri oleh individu tertentu yang diputuskan oleh Ahli Majlis Mesyuarat.

26.3 Mesyurat ini hendaklah diadakan secara berkala dan dianggap sah dengan kehadiran sekurang-kurangnya 1/2 daripada ahli mesyuarat.

26.4 Segala keputusan hendaklah mendapat persetujuan sekurang-kurangnya 1/2 daripada   ahli yang hadir. Dalam kes tertentu, Yang Dipertua boleh memberikan kata pemutus dengan syarat tidak ditentang oleh tidak kurang dari 2/3 Ahli Majlis Mesyuarat yang hadir.

Fasal 27 : Mesyuarat Agung Tahunan

27.1 Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali bagi setiap sesi pentadbiran.

27.2 Mesyuarat hendaklah dihadiri sekurang-kurangnya 1/3 daripada keseluruhan ahli.

27.3 Sekiranya jumlah kehadiran ahli tidak mencukupi 1/3, Mesyuarat Agung Tahunan   tersebut dikira sebagai Mesyuarat Agung Tahunan Khas

27.4 Mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang Pengerusi Sidang yang dilantik dan dibantu oleh 2 orang Pencatat Minit bagi tujuan rekod.

27.5 Mesyuarat hendaklah:
                 27.5.1 Membentangkan peringatann Mesyuarat Agung Tahunan sesi sebelumnya.
                 27.5.2 Membentangkan dan mengesahkan laporan pentadbiran.
                 27.5.3 Membentangkan dan mengesahkan laporan aktiviti.
                 27.5.4 Membentangkan dan mengesahkan laporan kewangan.
                 27.5.5 Mengumumkan dan mengesahkan keputusan Pilihan Raya PUTRA.
                 27.5.6 Membahaskan usul dan dan cadangan.
                 27.5.7 Melantik dua (2) orang juruaudit.

Fasal 28 : Mesyuarat Agung Khas/ Tergempar

28.1  Mesyuarat Agung Khas/ Tergempar boleh diadakan sekiranya mesyuarat jawatankuasa   menerima cadangan daripada Yang Dipertua atau 4 orang Ahli Majlis Tertinggi/ Ahli Majlis Mesyuarat atau 1/5 daripada ahli rasmi.

28.2  Mesyuarat Agung Khas/ Tergempar hendaklah berkaitan perkara-perkara yang dianggap wajar oleh mesyuarat jawatankuasa dan persetujui oleh sekurang-kurangnya 2/3 daripada Ahli Majlis Mesyuarat.

28.3  Bagi tujuan meluluskan usul, Mesyuarat Agung Khas/ Tergempar perlulah dihadiri sekurang-kurangnya 1/2 ahli dan setiap usul perlulah dipersetujui oleh 2/3 daripada ahli yang hadir.



                                                                      BAB KETUJUH
PILIHANRAYA

Fasal 29 : Tarikh Pilihanraya

Pilihanraya perlulah diadakan sebelum atau pada hari Mesyuarat Agung.

Fasal 30 : Bentuk Pilihanraya

Pilihanraya adalah berbentuk undi sulit.

Fasal 31 : Jawatankuasa Pilihanraya

31.1  Jawatankuasa Pilihanraya adalah sebuah badan bebas dan berkecuali.

31.2  Jawatankuasa Pilihanraya hendaklah ditubuhkan selewat-lewatnya 30 hari
sebelum tarikh Mesyuarat Agung dijalankan.

31.3  Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya dilantik oleh Ahli Majlis Tertinggi PUTRA.

31.4  Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya bertanggungjawab melantik ahli
jawatankuasa untuk jawatankuasa pilihanraya dan segala bidang hendaklah
diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya.

31.5  Jawatankuasa Pilihanraya berhak membuat peraturan pilihanraya yang adil
dan saksama.



 BAB KELAPAN
PERLEMBAGAAN


Fasal 32 : Tafsiran Perlembagaan

Penafsiran perlembagaan persatuan adalah hak Ahli Majlis Tertinggi selagi tidak
bercanggah dengan objektif persatuan.

Fasal 33 : Pindaan Perlembagaan

33.1  Sebarang usul perlulah dikemukan secara bertulis kepada Setiusaha Agung PUTRA  sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung.

33.2  Sebarang cadangan pindaan perlembagaan hendaklah dilakukan dalam Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Khas Tahunan dan disahkan dengan persetujuan 2/3 daripada ahli yang hadir.

     BAB KESEMBILAN
     PEMBUBARAN

FASAL  34 : Sebab-Sebab Pembubaran

34.1 Tiada lagi mahasiswa Terengganu di Jordan.
34.2 Wujud sebab-sebab yang munasabah untuk dibubar.

Fasal 35 : Kaedah Pembubaran

35.1 Mendapat persetujuan empat perlima Ahli PUTRA.

35.2 Ahli Majlis Tertinnggi PUTRA perlu melantik dan menubuhkan jawatankuasa khas untuk menguruskan segala Aset milik PUTRA.

35.3 Segala hutang-piutang PUTRA adalah tanggungjawab ahli PUTRA.

35.4 Pembubaran perlulah dimaklumkan samaada secara bertulis mahupun lisan kepada ahli dan penaung PUTRA.