Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Monday 29 August 2011

Perutusan Hari Raya AidilFitri 1432H


اَللهُُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ, اَللهُ أَكْبَرُ 
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاَ. لاَ اِلَهَ إِلاَّّ اللهُ
وَحْدَهُ, صَدَقَ وَعْدَهُ, وَنَصَرَ عَبْدَهُ, وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ

Assalamualaikum w.b.t

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin.
Taqabballahu minna wa minkum.
Kullu am wa antum bikhair.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana tuhan masih mengizinkan kita untuk bernafas sehingga saat ini. Tasbih, tahmid, dan juga istighfar kita perbanyakkan bagi menyucikan segala dosa, noda dan kekurangan diri kita yang tak pernah terlepas dari kelekaan dan kecuaian.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarganya serta para sahabat baginda.

Setelah melalui institusi Ramadhan selama sebulan dengan penuh rasa kesabaran dan kehambaan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah Swt , maka tibalah 1 Syawal yang menjadi hari kemenangan dan hari kesyukuran bagi seluruh ummat Islam.

Sesungguhnya, tarbiah Ramadhan melatih kita menjadi insan yang cemerlang, insan yang bersedia untuk meneraju arus perubahan ' ar-ruhul jadid ' sama ada pada diri sendiri mahupun orang sekeliling amnya. Walaupun Ramadhan telah meninggalkan kita, marilah kita sama-sama pastikan semangatnya tidak hilang, sebaliknya akan terus semarak semangat beribadah dan bermujahadah.

Semoga Ramadhan yang baru berlalu menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa sejajar dengan firman Allah Swt di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 183 :

'Wahai orang yang beriman ! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa '.

Di dalam kegembiraan kita menyambut kedatangan Syawal, marilah kita bersama-sama mengeratkan semangat ukhuwah dikalangan kita. Sesungguhnya ukhuwah adalah lambang kekuatan kita bersama. 

Disamping itu, kita perlu merasa dukacita dengan keadaan umat Islam Palestin, Syria, Iraq, Afghanistan, Somalia dan lain-lain yang terus dihimpit dan dibelenggu dengan peperangan, penderitaan, dan terus dicengkam oleh musuh-musuh Islam. Jangan terus henti berdoa kerana doa itu senjata orang mukmin.

Sekali lagi, saya mewakili saf kepimpinan PUTRA 2011/2012 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin pada semua ahli dan seluruh ummat Islam amnya. Semoga tarbiah Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri akan memberi pencetus kebangkitan ummah. Kullu am wa antum bikhair !



Disediakan Oleh :

....................................
(AMIR SIDDIQ BIN HASNAN)
Setiausaha Agung
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA)
Sesi 2010/2011