Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Friday 23 September 2011

Penyerahan Cek Sumbangan MAIDAM kepada PUTRA


Mafraq, 16 September 2011 : Pada hari Jumaat yang lepas, telah diadakan satu perjumpaan di antara Delegasi MAIDAM bersama anak-anak Terengganu di Jordan. Para delegasi tersebut telah melawati 3 mantiqah se-Jordan iaitu Irbid, Mafraq dan Mu'tah dalam usaha mereka untuk bertemu dengan kami, warga PUTRA di Jordan. Mereka tiba di Jordan pada 14 September 2011 bersama 47 Mahasiswa/wi Tahun 1, di bawah program MAIDAM.

Dalam pertemuan bersama anak-anak Terengganu, khususnya mahasiswa/wi yang menerima bantuan zakat dari Kerajaan Negeri Terengganu, pihak delegasi amat berharap agar bantuan yang telah diberikan kepada mahasiswa/wi dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Beberapa isu juga telah diperjelaskan oleh wakil delegasi berkaitan taraf kenaikan zakat yang terbaru dan beberapa skim program tajaan di bawah kelolaan pihak MAIDAM sendiri. 

Pada tahun ini, pihak MAIDAM telah menghantar seramai 47 orang pelajar yang terlibat yang terdiri daripada calon-calon bagi Program Memperkasa Ulama (8 orang), Pakar Sakit Puan (3 orang) dan penerima Biasiswa Al-Ansar MAIDAM (36 orang).

Pada perjumpaan kali ini, pihak MAIDAM yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MAIDAM sendiri iaitu, Y. Bhg. Dato' Senara Muda Dato' Haji Mazlan bin Hashim telah menyerahkan cek sumbangan bernilai RM 20,000.00 kepada pihak PUTRA yang diwakili oleh Naib Yang Di-Pertua PUTRA, saudari Tengku Nadhirah binti Tengku Zainal.



Majlis Penyerahan Cek Sumbangan

Y. Bhg. Dato' Senara Muda Dato' Haji Mazlan bin Hashim menyerahkan cek sumbangan kepada Naib Yang Di-Pertua PUTRA sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji Harujan bin Sulaiman )



Saya selaku Ahli Majlis Kepimpinan PUTRA sesi 2010/11 mengucapkan ucapan sekalung tinggi penghargaan kepada pihak MAIDAM di atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga dengan adanya peruntukan dana ini, kami dapat menjalankan dan merancang pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat khusus untuk anak-anak Terengganu di Jordan. Dan diharapkan perjumpaan kali ini menjadi titik temu yang lebih baik ke arah hubungan yang lebih erat di antara pihak MAIDAM dan kami, warga PUTRA di Jordan.


Sekian.



Disediakan oleh :
PIC Mantiqah Mu'tah,
(Wan NurulHidayah Binti Wan Ismail Sahaimi)
Timbalan Biro Dakwah dan Pendidikan PUTRA.



MPPMJ Ucap Selamat Datang Buat Pengarah Dan Pegawai Baru EMJ

BY ADMIN
 – 19 SEPTEMBER 2011 POSTED IN: MPPMJ

MPPMJ mengucapkan selamat datang kepada Pengarah Baru Education Malaysia Jordan [EMJ] YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar beserta Penolong Atase Pendidikan Encik Faizul Azim yang telah memulakan kerja pada 14 September baru ini.

Pengarah Education Malaysia Jordan [EMJ], 
YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Azidan Bin Abdul Jabar

Presiden MPPMJ, saudara Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi berkata  “Ahlan wasahlan ke bumi Syam ini dan tahniah buat Dr Azidan dan Encik Faizul di atas tugasan yang baru ini semoga MPPMJ dan EMJ dapat terus bersama di dalam membantu mahasiswa Jordan khususnya di dalam merealisasikan visi dan misi Negara yang ingin melahirkan generasi pembangun ummah kelak.”


Sekali lagi MPPMJ dan seluruh warga MPPMJ mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas di bumi Jordan ini. Semoga pertemuan kita di sini memberikan lagi seribu makna dan terus bersama di dalam apa jua isu.