Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Monday 17 October 2011

Borang Usul dan Cadangan AGM

Perlembagaan PUTRA Pindaan 2009


                         Fasal 7:  Logo






































































Perutusan Sempena Mesyuarat Agung Tahunan PUTRA Kali Ke-12


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan diri dan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kita pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya di dunia ini. Perbanyakkan juga selawat ke atas junjungan terpuji Muhammad s.a.w. serta seluruh sahabat, tabi’in dan para solehin sehingga akhir zaman.

Setelah setahun berlalu, kini tiba masanya sekali lagi untuk kita sama-sama berkumpul dan berukhuwwah dalam Mesyuarat Agung Tahunan PUTRA Kali ke-12 yang insyaallah akan diadakan pada hari Jumaat, 21 Oktober 2011 ini bertempat di Irbid, Jordan.

Tujuan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan adalah untuk kita sama-sama bermuhasabah di antara pihak pimpinan dan ahli, bermula dari pembentangan laporan segala aktiviti sepanjang sesi 2010/2011, sehinggalah perbincangan mengenai sebarang masalah yang timbul sama ada di kalangan pimpinan atau ahli. Peluang ini haruslah kita ambil dan optimumkan sebaiknya bagi menyuarakan hasrat dan pandangan, kerana dalam setiap penggal kepimpinan, kita hanya ada beberapa kali pertemuan, dan pertemuan pada Mesyuarat Agung Tahunan adalah yang paling besar di mana peluang untuk perbincangan dua hala dibuka seluas-luasnya.

Sumber : Designosophy

Sesi bersama PUTRA 2010/2011 adalah suatu sesi yang agak panjang dan banyak pengalaman yang dapat diambil untuk dijadikan pemangkin semangat dan iktibar untuk kita menjadi mahasiswa yang lebih baik. Beberapa program bertarikh dan tidak bertarikh telah berjaya dilaksanakan dengan izinNya, meskipun kita terpaksa menangguhkan satu program besar iaitu Seminar Sains Dalam Islam (SMESI) kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.

Selain itu, kita juga telah berjaya mendapatkan suatu dana kewangan yang agak besar daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia yang telah melaksanakan sebahagian kewajipan dan tanggungjawab sosial mereka. Dana ini saya kira adalah mencukupi untuk digunakan sepanjang sesi pentadbiran 2011/2012 kelak. Namun begitu, usaha untuk mendapatkan dana yang lebih haruslah diberi perhatian bagi kegunaan pada waktu-waktu kecemaasan.

Apa yang kita harapkan adalah agar semua warga PUTRA dapat sama-sama turun dan memberikan komitmen kepada mesyuarat kali ini, di samping dapat menyumbangkan idea-idea dan cadangan bernas bagi memperkasakan lagi sesi kepimpinan 2011/2012 nanti. Semua usaha ini dapat kita simpulkan sebagai suatu bentuk usaha tolong-menolong sesama kita dalam meningkatkan kualiti hidup kita sebagai seorang Muslim.

ÙˆَتَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الْبِرِّ ÙˆَالتَّÙ‚ْÙˆَÙ‰ Ùˆَلا تَعَاوَÙ†ُوا عَÙ„َÙ‰ الإِØ«ْÙ…ِ ÙˆَالْعُدْÙˆَانِ

Mafhumnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [al-Maidah : 2]


Saya mewakili sesi kepimpinan PUTRA 2010/2011 mengambil peluang dalam kalam ini untuk memohon ribuan kemaafan dari seluruh warga PUTRA andaikata terdapat salah dan kekurangan dari pihak kami, ada hak-hak yang tidak tertunai, ada kebajikan ahli yang terabai, atau mungkin ada janji yang tidak terlaksana. Kami telah melakukan usaha-usaha yang sepatutnya, namun sebagai manusia biasa, kami tidak terlepas dari kesilapan.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada anda semua kerana telah berkerjasama dan memberikan komitmen yang sangat baik bagi memastikan PUTRA dipacu lurus ke hadapan untuk merealisasikan motto PUTRA pada sesi kali ini – Ke Arah Kegemilangan PUTRA. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang dapat memberikan ganjaran atas sumbangan ikhlas anda.

Akhir kata, kami menyeru seluruh warga PUTRA untuk sama-sama hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dan mengambil manfaat penuh daripadanya.

Sekian, terima kasih.


Mohd Aisamuddin Bin Ibrahim,
Yang Dipertua,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA),
Sesi 2010/2011.

Sunday 16 October 2011

Jemputan Ke AGM PUTRA Kali Ke 12


Kepada:

__________________

Ahli PUTRA 2010/2011

Saudara/Saudari,


JEMPUTAN KE MAJLIS MESYUARAT AGUNG PUTRA KALI KE-12

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA) akan mengadakan Majlis Mesyuarat Agung PUTRA Kali Ke-12 pada:

                Tarikh                     : 21 Oktober 2011
                Hari                         : Jumaat
                Masa                       : 9.00 Pagi
                Tempat                  : Irbid


3. Bersama-sama dengan ini disertakan borang usul dan cadangan bagi perlembagaan serta borang komentar dan cadangan bagi pentadbiran PUTRA sesi 2010/2011.Borang ini hendaklah dibawa bersama dan dihantar ketika hari Mesyuarat Agung PUTRA kepada Setiausaha Agung (siswa) / Timbalan Setiausaha Agung (siswi).

4. Besarlah harapan kami kiranya saudara/ saudari dapat meluangkan masa untuk menghadiri Majlis Mesyuarat Agung Tahunan ini. Kehadiran tuan kami dahului dengan ucapan Jazakallahu Khairan Kathira, Kullu ‘Aam Waantum Bikhair.

Sekian, harap maklum.


"KE ARAH KEGEMILANGAN PUTRA"



Yang menjalankan amanah,


…………………………………………
(AMIR SIDDIQ BIN HASNAN)
Setiausaha Agung,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA),
Sesi 2010/2011.






Tuesday 11 October 2011

Penerapan Konsep Syura dalam AGM

Berbeza pandangan di antara satu sama lain adalah lumrah manusia. Namun, jika perbezaan pandangan ini tidak diuruskan dan diselesaikan dengan baik, maka ia akan mewujudkan konflik yang akhirnya sukar untuk diselesaikan. Di sinilah bermulanya kepentingan untuk melaksanakan syura dan perbincangan untuk mewujudkan kesepakatan dalam setiap keputusan yang bakal dibuat.


(  Annual General Meeting (AGM)/ Mesyuarat Agung Tahunan )


Syura adalah proses perbincangan dan perundingan untuk mengeluarkan keputusan atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ia adalah merupakan sebuah medan untuk mewujudkan kesatuan pemikiran (wehdatul fikr) yang akan menjurus kepada kesatuan amal (wehdatul amal). Pandangan-pandangan yang pelbagai ini perlu digarap dan diharmonikan untuk mengeluarkan satu keputusan yang benar-benar matang demi kepentingan bersama.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)

Ayat al-Quran tersebut menggambarkan kepada kita betapa manusia ini secara fitrahnya berbeza dari segi agama, bangsa, latarbelakang keluarga, pendidikan, skop kerja, tanggungjawab, kepentingan dan sebagainya. Kepelbagaian inilah yang akhirnya mewujudkan perbezaan cara pemikiran, tingkah-laku dan pembawakan. Wujudnya perbezaan pandangan kerana mereka melihat dari sudut ruang lingkup dan perspektif masing-masing.

Oleh itu, mereka yang terlibat dengan syura perlu mempunyai sahsiah yang terbaik demi menerapkan roh syura dalam menyelesaikan kepelbagaian dan ketidaksatuan pandangan tersebut. Antara akhlak dan disiplin dalam mesyuarat adalah :-

1) Positif kepada orang lain
- Individu yang menyertai atau terlibat dalam mesyuarat perlu menganggap ahli-ahli mesyuarat yang lain sebagai sahabat, bukan musuh. Jika dia menganggap orang lain sebagai musuh, maka timbullah sikap negatif terhadap mereka. Setiap pandangan orang lain akan cuba disangkal walaupun ia sebenarnya tepat. Dalam sesi mesyuarat, dia akan sibuk mencari kelemahan dan kesalahan orang lain. Setiap kali dia bercakap, diungkit-ungkit kesalahan orang lain, bukannya mencari penyelesaian terhadap masalah yang berlaku. Lalu masa terbuang begitu sahaja. Mesyuarat berakhir tanpa sebarang keputusan dan hasil yang ada hanyalah iri hati, cemburu, api kebencian dan permusuhan.

2) Fokus kepada matlamat mesyuarat
- Iaitu dengan mengkaji dan membuat analisis tentang isu yang akan dibincangkan. Semasa bermesyuarat, dia perlu memberi penerangan atau taklimat kepada anggota-anggota mesyuarat yang lain untuk memastikan mereka faham terlebih dahulu matlamat dan objektif mesyuarat tersebut. Dia juga perlu mengawal skop perbincangan agar tidak lari dari matlamat asal. Individu yang mengendalikan mesyuarat sangat berperanan memastikan mesyuarat menjadi medan yang berkesan. Dia perlu membuat persediaan sebelum memulakan sesuatu mesyuarat. Sebagai contoh, beri ruang kepada semua pihak mengutarakan pandangannya.

3) Mengharmonikan jurang-jurang perbezaan
- Ianya penting agar dapat menjaga kepentingan semua pihak. Anggota jawatankuasa atau ahli mesyuarat juga perlu mempunyai akhlak dan disiplin agar perjalanan proses mengeluarkan keputusan itu lancar. Sekiranya ruang tidak dibuka seluas-luasnya untuk bersuara, pastinya ada orang yang keluar dari bilik mesyuarat dengan perasaan tidak puas hati. Mereka juga mesti berlapang dada menerima pandangan dan teguran pihak lain. Jangan merasa tercabar seolah-olah maruahnya dipijak-pijak apabila pandangan ditolak oleh ahli mesyuarat ataupun dari pihak kepimpinan. Tidak perlu untuk merasa hina dan melenting ketika pihak lain mempunyai pandangan kedua.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan bersabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (al-Anfaal: 46)

Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal ini. Baginda mempamerkan sikap kepimpinan yang ideal dalam menegakkan prinsip syura ini. Walaupun Baginda adalah seorang rasul yang pastinya dibimbing oleh Allah SWT, tetapi masih memberi ruang kepada sahabat-sahabat untuk mengemukakan pandangan. Tidak ada halangan bagi mereka untuk terlibat sama dalam proses mengeluarkan keputusan kerana keputusan tersebut akan dilaksanakan untuk kepentingan bersama.

Dalam peperangan Badar sebagai contoh, Rasulullah SAW menerima pandangan Hubab r.a mengenai tempat pertempuran. Hubab r.a mencadangkan untuk tentera Islam menduduki tempat yang paling dekat dengan air kerana ia sangat penting bagi tentera dan haiwan tunggangan mereka. Dalam perang Khandak pula, Rasulullah SAW bersetuju dengan pandangan Salman al-Farisi yang berketurunan Parsi untuk menggali parit bagi berhadapan dengan tentera Ahzab. Strategi ini membantu pasukan tentera Islam berjaya dalam semua peperangan dengan pihak musuh. Demikianlah antara episod-episod betapa Rasulullah SAW menunjukkan contoh yang terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. Iaitu mengambil dan menerima pandangan sahabat-sahabat.

4) Merendah diri, jangan ego dan sombong
- Sekiranya Rasulullah SAW boleh menerima pandangan sedangkan baginda adalah merupakan penghulu kepada rasul, nabi dan umat manusia, maka mengapa kita terlalu ego dan sombong untuk sekurang-kurangnya mendengar pandangan orang lain? Di sini menunjukkan kepada kita bahawa jawatan dan kedudukan yang dipegang, setinggi mana pun ia, tidak boleh menjadikan individu tersebut kebal dengan sebarang teguran dan pandangan. Lebih-lebih lagi kita adalah manusia yang tidak maksum. Memerlukan bantuan daripada sahabat-sahabat yang lain untuk menampung segala kekurangan. Jikalau tidak bersetuju dengan pandangan tersebut, maka adalah lebih baik menggunakan bangkangan yang paling lembut dan berhikmah.

Kenapa perlu bertelingkah?, sedangkan kita mempunyai pilihan untuk bermesyuarat dalam suasana yang cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah. Jangan memperkecil dan meremehkan pandangan orang lain disebabkan kedudukannya lebih rendah daripada kita. Ingat, Allah SWT yang menggerakkan fikiran seseorang itu untuk mengeluarkan buah fikiran, tidak kira tinggi atau rendah pangkatnya. Hayati firman Allah dalam surat al-Hujuraat ayat 11. Ahli mesyuarat juga perlu mengelak daripada membangkitkan isu-isu yang menyentuh perkara sensitif dan terlalu peribadi yang akhirnya menimbulkan permusuhan di kalangan anggota. Bahkan, bakal mencetuskan perasaan dendam yang sukar untuk dileraikan.

5) Jauhi prasangka buruk
- Prasangka buruk ini tidak akan berlaku kecuali apabila kita mempunyai pemikiran yang negatif. Cuba mulakan segalanya dengan positif terlebih dahulu. Mendengar idea yang dikemukakan oleh orang lain memerlukan penilaian secara positif terlebih dahulu. Sekiranya kita mempunyai tanggapan yang negatif, maka kita akan cenderung untuk menolaknya walaupun sebenarnya ia mempunyai kebaikan untuk organisasi. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-Hujuraat, ayat 12.

Sebenarnya, konsep syura bukan hanya berlaku semasa waktu mesyuarat sahaja, tetapi ia juga perlu diaplikasikan dalam rutin kehidupan harian di tempat kerja atau di rumah. Begitu juga sebuah institusi yang mempunyai masalah dan konflik dalaman yang begitu parah. Ia tidak akan dapat diselesaikan melainkan dengan aplikasi semangat syura dan perbincangan. Kita melaksanakan syura bukan kerana memenuhi prosedur persatuan atau organisasi semata-mata, tetapi lebih besar daripada itu adalah disebabkan perintah dan arahan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
“...Dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka.” (asy-Syura: 38)

Begitu juga semakin besar ruang lingkup mesyuarat, maka semakin sukar untuk membuat keputusan. Bilangan hadir yang ramai tidak semestinya meransang pemikiran yang tulin tetapi membantu menghasilkan perasaan kesamaan dan memberi motivasi. Manakala mesyuarat yang produktif haruslah mempunyai :-

1. Menjelaskan, menilai dan menyelesaikan masalah.
2. Menjana idea dengan memberi ruang untuk melakukan sumbangan saranan.
3. Menentapkan matlamat.
4. Membina moral.
5. Mencari persetujuan dan membuat keputusan atas suatu tindakan.

Pengendali Mesyuarat :-

1. Cekap dan berkesan serta menjaga masa.
2. Mendapatkan sesuatu hasil untuk dicapai.
3. Memusatkan kepada bidang penting.
4. Berpegang kepada prinsip.
5. Membuat beberapa keputusan yang perlu sahaja.

Rumusannya, menyelaraskan pandangan dalam mengambil keputusan atau membuat kesimpulan itu adalah penting. Segala persetujuan yang dicapai hendaklah diketahui bersama oleh semua pihak yang hadir sebelum mesyuarat bersurai. Tanggungjawab kepada pihak kepimpinan dan ahli sidang yang hadir untuk memberi penjelaskan tentang kesan baik dan buruk pada setiap keputusan yang telah dan bakal dibuat. Tetapkan idea yang boleh menjamin asas rumusan, utamakan reaksi-reaksi dan maklumat yang diberikan. Moga dengan mengamalkan konsep ‘syura’, ‘tasamuh’ dan ‘tafahhum’ dapat menghasilkan kesan yang positif dari setiap perbincangan yang dibuat dan motif yang diharapkan tercapai dengan jayanya.



:: Selamat Ber ‘AGM’ kepada semua Warga PUTRAJORDAN ::

...Ke Arah Kegemilangan PUTRA...