Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Sunday 18 August 2013

TIBANYA SYAWAL BUKAN PENUTUP IBADAH

Teruskan ibadah selepas Ramadhan

   Selamat tinggal Ramadhan dan selamat datang Syawal.Bergembiralah wahai orang-orang yang tabah menghadapi ujian sepanjang Ramadhan ini.Semoga kita sama-sama beroleh kerahmatan daripada-Nya.Dalam kegembiraan menghadapi Syawal,sedikit hiba di hati,kerana tatkala Syawal memunculkan dirinya Ramadhan melambai pergi.
   Sudah cukupkah kita menghargai Ramadhan kali ini?Sudah banyakkah amalan pada tahun mendatang?Wallahua’lam,sesungguhnya ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.Dalam Islam,amalan daripada hidup kita ditentukan bagaimana kita mengakhirinya.Kita mengenal istilah husnul khatimah dan juga su’ul khatimah.
   Rasulullah SAW pernah menegaskan bahawa setiap amalan itu sangat bergantung bagaimana kita mengakhirinya.Orang mukmin bergembira dengan selesainya Ramadhan kerana memanfaatkan bulan itu untuk ibadah,taat,mengharap pahala dan keutamaannya.Manakala orang munafik bergembira apabila selesai bulan Ramadhan kerana kembali untuk melakukan maksiat serta mengikut dorongan syahwat.
  
   Jadi,orang mukmin akan meneruskan ibadah selepas Ramadhan dengan beristighfar,bertakbir dan bertahmid.Namun orang munafik melanjutkan dengan maksiat,huru hara,pesta muzik dan nyanyian.
   Selepas berpuasa sebulan,kita ditutup dengan solat hari raya aidilfitri dan bayar zakat fitrah.Sebagaimana ALLAH mensyariatkan solat aidiladha sebagai tanda syukur kepada-Nya selepas melaksanakan kewajipan haji.
   Diriwayatkan secara sahih,daripada Nabi SAW,bahawa baginda ketika datang di Madinah,penduduknya mempunyai dua hari mereka bermain-main pada hari itu.Baginda bersabda:”Sungguh ALLAH menggantikan untuk kamu dua hari itu dengan yang lebih baik dari keduanya,(iaitu)hari (raya)Qurban dan hari(raya)aidilfitri.”
   Tidak boleh menambah dua hari raya ini dengan mengadakan hari raya baru yang lain.Hari raya dalam Islam itu disebut ‘ied,ertinya ‘kembali’.Ia kembali dan berulang - ulang setiap tahun dengan membawa kegembiraan dan kesenangan.Bukan sahaja lelaki,bahkan Nabi SAW juga memerintahkan muslimah supaya keluar untuk solat sunat hari raya.
 

    Kaum wanita disunatkan hadir tanpa memakai wangian,tidak berhias untuk menarik perhatian dan tidak bercampur aduk dengan lelaki.Apabila keluar menunaikan solat,ia perlu menampakkan syiar Islam dan diusahakan dengan khusyuk ,roddul bashor(menjaga pandangan daripada perkara haram),menjaga lisan daripada bercakap bohong dan sia-sia.Jangan mendengar percakapan yang mengarut,nyanyian dan muzik yang melalaikan.Nabi mensyariatkan umatnya menyambung puasa Ramadhan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.
   
    Sabda Nabi SAW:”Barangsiapa berpuasa Ramadhan dan diikuti dengan (puasa sunnah) enam hari dibulan Syawal maka seakan-akan dia berpuasa setahun.”(Hadis riwayat Muslim)
    Pahala kebaikan dikira satu akan dibalas 10 kali ganda.Maka sebulan Ramadhan akan dibalas dengan sepuluh bulan.Manakala,enam hari didarab dengan sepuluh di bulan Syawal akan dibalas dua bulan.

Oleh:Datuk Mohd Zawawi Yusoh
        Harian Metro,17 Ogos 2012

Sunday 11 August 2013

Selamat hari raya maaf zahir batin buat semua muslimin dan muslimat khususnya buat ahli PUTRA yang berada di Jordan.Moga terus tabah beraya di perantauan.Kesibukan berhari raya jangan sampai melupakan kita untuk mensyukuri nikmat Allah memberikan kemenangan kepada kita.Walaupun hakikatnya,kemenangan itu belum layak bagi kita yang masih bergelumang dosa,hayatilah hari yang mulia ini,amalkanlah sunnah Rasulullah dengan ziarah menziarahi,saling bermaafan dan bertukar salam.

Hadis daripada Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:
“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.

Taqobbalallah minna wa minkum