Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Thursday 21 April 2011

Salam Imtihan



::. Selamat menghadapi imtihan kepada semua ahli PUTRA .::


Tulus Ikhlas dari:
Tengku Nadhirah Tengku Zainal


Jom Turun Iftor !



Bismillahirrahmaanirrahim..


Perhatian buat syabab-syabab PUTRA Irbid perkasa!

Dah lama tak bersua muka sesama ahli negeri?
Dah lama tak makan ramai-ramai?
Dah lama tak praktis cakap Ganu?

Berita baik!!!
IFTOR JAMAI'E datang lagi!
Jom datang jom~ 
Ajok saing-saing tu belake..!

Masa: 6.30 petang
Tarikh: 21 April 2011 (Khamis)
Tempat: Bayt Darul Iman, rumah Sahel dan Amir, Bangunan MINDEF

Oh, orang-orang Mu'tah jangan kecewa!

Pastinya di Mu'tah juga ada Iftor Jamai'e untuk semua ahli (syabab + akhowat) PUTRA di sana.
Ulang suara, SEMUA~
Tiada yang tercicir, tiada yang tertinggal, jom kenyang ramai-ramai!

Masa : 6.30 petang
Tarikh : 21 April 2011 (Khamis)
Tempat (syabab) : Bayt Bukhara
            (akhawat) : Bayt Izzudin

Jadi, nak tunggu apa lagi?
Datang jangan tak datang! 
Rapat ukhuwah + perut kenyang
Package lengkap yang tak patut kalian sia-siakan!
Mari ramai-ramai meriahkan!!! Yalla yalla~

Diriwayatkan daripada Usmah bin Zaid r.a:
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W selalu berpuasa pada Isnin dan Khamis." Lalu aku berkata, "Wahai Rasulullah, mengapakah Tuan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis?" Baginda bersabda, "Sesungguhnya segala amalan dibentangkan (kepada Allah Taala) pada hari Isnin dan Khamis."

.: Sama-sama menggapai redha-Nya :. 


Sunday 10 April 2011

3- Buat Teman, Rakan, Sahabat...




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Terima kasih sahabatku untuk segalanya. Memang benar kata hatiku, kau hanya tetamu hatiku yang datang dan pergi begitu sahaja.
Maaf andai kata aku tersilap mencongak pada nilai kejujuran dan berterus terang. Sesungguhnya kau lah sahabat yang menunjuk jalan padaku tanpa sedarmu. Duhai sahabatku, dunia kita memang berbeza tetapi hidup kita seakan sama.
Kita mencintai ilmu dan itulah yang mendekatkan hatiku padamu. Aku dambakan perubahan positif dalam diri ini dan kita seiring sejalan mula berubah menjadi lebih baik. Perubahan inilah yang dituntut kerana tiada manusia yang sempurna hidupnya. Kehidupan sederhana dan dilingkumi ukhuwah yang terbina menjadikan hidup sangat bermakna.
Terima kasih kerana menyedarkan hakikat silaturahim itu. Malah kebahagiaan yang dicari sebenarnya tergumpal dalam hati melalui keimanan. Iman yang memberikan sumber inspirasi untuk menjadi hamba-Nya yang bersyukur dan tidak putus asa. Jika iman yang setipis kulit bawang ini tidak dijaga mungkin setiap insan akan tersasar dalam hidup hingga jauh daripada keberkatan Ilahi.
Jalinan ukhuwahmu membuatkan aku teringat pada bait-bait ayat ini.
"Duhai wanita, jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah swt. Janganlah kau menyalahkan takdir atas perkara yang kau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada Tuhan sekalian alam. Mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang kau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu."
Dua dunia yang berbeza diikat dengan satu kata, UKHUWAH atau persaudaraan Islam. Ada mulanya dan tiada penghujungnya, seperti seutas tasbih yang diikat kerana kasih sayang dan diratib demi mencapai redhaNya. Itulah kata-kata azimat yang akan ku pegang selamanya. Ukhuwah yang didasari kerana Allah s.w.t akan menjadi suatu ukuran terbaik dalam perhubungan. Maka aku berharap persaudaraan sesama Islam akan terus mekar tanpa henti. Hal ini sangat bersesuaian dengan penjelasan nabi junjungan kita Nabi Muhammad saw iaitu :
"Di sekeliling Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka."
Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang mereka." Baginda menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah swt." (HR Nasa'i dari Abu Hurairah Radiallahu 'anhu)
Dengan itu walaupun kita sudah semakin jauh mengorak langkah menuju destinasi berlainan, aku akan tetap menganggap dirimu sebagai sahabat terbaikku.
Akhir kata, andai kita bertemu lagi, janganlah kau kenang perkara yang tidak baik tentang aku tetapi kenanglah perkara yang indah tentang kita. Apabila kita mulakan hidup baru, itu tidak bermakna memori lama akan terhapus tetapi ianya akan menjadi sebahagian kehidupan kita yang hakiki. Hakikat sebuah pertemuan yang manis dan akan kekal begitu.



Apapun terima kasih Ya Allah kerana menemukan aku dengan dia walaupun seketika. 
Selamat tinggal sahabat. Moga kau menemui pencarianmu...

[Sumber: www.iluvislam.com]
Sekadar renungan:
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari...   -Saidina Ali-

wallahu a'laam

Friday 8 April 2011

Fikratul Iman (April 2011)




2- Kalau itu yang ENGKAU tentukan...


Mencari pengertian itu,
Hakikat diri yang tiada menahu,
mencari apakah jawapan itu,
Ku cubai menafsir,
Merempuhi jalan yang terbentang luas,
Tuntas payah tuk ku harungi.

ku pasrah dalam duka sanubari,
ku redha dalam tawa hakiki,
walau payah tuk ku menerima...

Kerna tiadala hidup itu,
Hanya tempat persinggahan,
Kerna tiadala seorang hamba itu,
Hanya mencari redha Tuhan.

Seringkali ku rebah,
Dek dugaan yang melanda,
Ku tabah menongkah  hakikat,
Yang terkandung seribu hikmah,
Kerna ku tahu segalanya,
Termaktub dalam rahsiaMu,
Ya Ar-Rahman...

Tiada mungkin dapat kuhalang,
Kerna ia sudah suratan,
Walau hempedu menjadi hidangan,
Pastinya jua harus ku telan,
Hanyalah padaMu ku berserah,
Kerna itulah Sunnatullah ikutan zaman...


~~ miEha eL iRsyad ~~

1- Puisi Sepi Perantau


Pohon Tin itu mengingatkan daku,
Sebatang pohon di desa,
Tempat ku berteduh,
Daripada teriknya sinar mentari,
Ku bina ukhuwah di bawahnya,
Bersama mereka membuatku bahagia.

Namun kini aku di perantauan,
Ku belajar erti kesepian,
Baru terasa peritnya berjauhan,
Teman-teman ku rindukan,
Kegembiraan ku tinggalkan,
Kebahagian ku korbankan,
Kecintaan ku dambakan.

Tidak sama di sini dan di sana,
Banyak yang aku temui di sini,
Yang tidak aku temui di sana,
Kerakusan manusia mencengkam jiwa,
Kebencian menguasai diri,
Ketamakan menggilakan hati,
Kepentingan hanyalah untuk diri,
Kezaliman di canang merata-riti,
Kebahagiaan seperti tiada lagi.

Yang petah berkata-kata,
Ilmunya tidak kemana,
Seperti gendang kosong dipalu,
Kuat bunyinya,
Namun kadang-kadang sakit hati mendengarnya.

Yang rajin dirinya,
Tampil diri kerana nama,
Hanyut dek arus pujian,
Sering terbawa resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sepekan.

Yang hanya tahu mengeji,
Hakikatnya iri hati,
Tidak pandai berbudi,
Atau mungkin terlupa barangkali,
Akan kekurangan diri.

Yang bersikap sinis,
Menegur memberi nasihat,
Namun diri sendiri masih berkarat,
Kononnya akulah berserban berketayap,
Di depan bagaikan malaikat,
Namun di belakang kuat mengumpat,
Kerana itulah aku keseorangan,
Menyepi untuk ketenangan,
Merindukan kenangan-kenangan,
Beginilah waktu ditelan zaman,
Menjadi perantau yang kesepian….


~~  http://sepiperantau.blogspot.com  ~~

Monday 4 April 2011

Fikratul Iman Kembali !



Fikratul Iman\
-- artikel ber'edisi' --

'Fikratul Iman' adalah lidah rasmi Biro Dakwah dan Pendidikan (BDP) PUTRA yang akan dikeluarkan 1edisi untuk 2bulan oleh Ajk Unit Biro Dakwah dan Pendidikan PUTRA sesi 10/11.

Nantikan artikel bulanan ini dari pihak kami..insyaAllah akan di'pOst ke dalam blOg PUTRA tidak lama lagi.


" Ke Arah Kegemilangan PUTRA "



                                              Timb. Biro Dakwah&Pendidikan,
                                                         sesi pentadbiran PUTRA, 2010/2011.