Thursday 25 April 2013

BARISAN PIMPINAN BARU PUTRA




PERSATUAN MAHASISWA TERENGGANU JORDAN SESI 2013/2014

"PUTRA UNTUK SEMUA"







 VISI:
"Ke arah pembentukan mahasiswa PUTRA yang cakna, berintelektual, berintegriti, dan berkebajikan selari dengan perkembangan arus dunia masa kini berteraskan ISLAM"

MISI:
1)Perkasakan kewangan untuk kebajikan ahli
2)Tingkatkan kebersamaan ahli melalui program-program yang dianjurkan
3)memberi penghargaan kepada ahli
4)menjaga hubungan dua hala antara persatuan & kerajaan negeri

OBJEKTIF:
1)memperkasakan sumber kewangan dan sumbangan dana untuk kebajikan ahli
2)Meningkatkan kualiti program untuk menguatkan kebersamaan sesama ahli
3)Memberi penumpuan kepada jualan cenderahati dan pakaian sebagai penghargaan serta menjadi satu kebanggaan kepada ahli
4)Menjadi pemudahcara dalam segala urusan dengan kerajaan negeri

SLOGAN:
"PUTRA UNTUK SEMUA"


Sekalung tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan pimpinan PUTRA sesi 2013/2014 dalam memegang tampuk kepimpinan untuk sesi kali ini. Semoga dengan pucuk pemerintahan kali ini dapat memacu PUTRA kearah sebuah persatuan yang dapat membawa manfaat kepada semua ahli PUTRA. 



kata-kata Saidina Abu Bakar sewaktu Beliau dilantik menjadi khalifah Islam pertama:

“Saudara-saudara, aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik di antara kalian semua. Untuk itu, jika aku berbuat baik, bantulah aku. Jika aku berbuat salah, luruskanlah aku. Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan itu adalah pengkhianatan.

".....Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan rasulNya. tetapi jika aku tidak mematuhi kedua-duanya, maka tiada kewajipan taat atas kalian terhadapku......" (Al Bidayah Wan Nihayah )