Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Saturday 22 March 2014

AGM PUTRA & FAMILY DAY 2014

AGM & FAMILY DAY

Kali ini PUTRA membawakan dua program dalam satu masa istimewa buat  ahli PUTRA yang disayangi.Lebih menarik lagi,dua program ini diadakan di Aqabah,tempat yang menarik yang wajib dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang ke Jordan.Suasana pantai,angin sepoi-sepoi,barangan yang murah,makanan laut yang pelbagai sudah cukup untuk membuat kita terasa berada di Malaysia!

  Pihak pimpinan berharap agar semua ahli PUTRA hadir dan menyertai program ini tidak lain tidak bukan hanya khusus buat adik beradik PUTRA yang berada di Jordan.Jom rasai suasana kekeluargaan dan sama-sama mengeratkan silaturrahim antara kita.Kalau bukan sekarang bila lagi?

Detail Program:
-4 APRIL 2014
-AQABAH,JORDAN
-YURAN: 
  MU'TAH:6JD
  IRBID,MAFRAQ DAN AMMAN:7JD
-ANTARA AKTIVITI MENARIK:
  -BBQ MEGA
  -AKTIVITI PANTAI
  -PERSEMBAHAN MALAM APRESIASI

jom ler sahabat2..rugi boh klu dop gi..


Jemput isi spreadsheet,tarikh akhir penyertaan 27/03/2014 jam 12 malam

''1 PUTRA 1 HATI''
"PUTRA UNTUK SEMUA"




KARYA TERBAIK MINGGU KE-6 (LAST)

KARYA TERBAIK MINGGU INI!

Congratulation to the last champion of 'KARYA SISWA' Azizi Rashdi,Second year student of Al Albayt University for his awesome comic.


Sunday 16 March 2014

PENAMAAN CALON SPR PUTRA

Annual Grand Meeting (AGM) menjelma lagi!
Medan mahasiswa dan barisan pimpinan mahasiswa bermuhasabah dalam gerak kerja dan perjalanan persatuan bagi sesi yang lama ke arah menambahbaik persatuan bagi sesi yang akan datang.

PENAMAAN CALON


PANDUAN DAN PERATURAN PENAMAAN CALON PILIHANRAYA BKAN PUTRA

1. Pencalonan hendaklah dibuat berdasarkan nama-nama yang dilampirkan sahaja.
2. Sistem pencalonan yang diketengahkan pada sesi kali ini adalah Sistem Pencalonan Umum
dan Sistem Pencalonan Diri. Sistem Pencalonan Diri bermaksud mana-mana ahli rasmi Putra
yang merasakan dirinya layak bertanding (memenuhi syarat bertanding) untuk bertanding
pada pilihanraya kali ini, dibolehkan dan sangat dialu-alukan untuk mencalonkan diri sendiri.
3. Borang pencalonan umum dan pencalonan diri disediakan dalam link yang berbeza.
Dan borang pencalonan diri terhad kepada 5 orang sahaja
4. Ahli yang layak dicalonkan adalah :
4.1 Ahli yang masih berbaki dua fasal panjang dan bukan terdiri daripada anggota
Jawatankuasa Pilihanraya (JPR).
4.2 Ahli rasmi BKAN PUTRA. Ahli Bersekutu hanya layak mencalonkan dan mengundi
sahaja.
5. Pencalonan yang dibuat adalah bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi BKAN PUTRA .
6. Semua ahli BKAN PUTRA berhak mencalonkan mana-mana calon SISWA atau calon SISWI
yang dirasakan layak di ruangan yang telah disediakan.
7. Pencalonan yang dibuat hendaklah memenuhi semua ruangan pencalonan yang telah
disediakan bagi calon SISWA dan calon SISWI.
8. Pencalonan dari seorang individu tidak boleh dibuat secara berulang kali. Jika hal ini
dapat dikesan ,hanya borang pencalonan pertama yang dihantar sahaja yang akan dikira.
9. Tempoh Pencalonan yang telah ditetapkan oleh pihak JPR adalah selama EMPAT hari
bermula dari 15 Mac 2014 sehingga 18 Mac 2014 jam 7 petang. Borang pencalonan yang
dihantar selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan adalah tidak dikira sama sekali.
10. Nama yang telah dicalonkan pada kerusi YDP dan TYDP II tidak boleh dicalonkan pada
kerusi AMT,begitu juga nama yang dicalonkan pada kerusi AMT.

Link Senarai Nama Mengikut Universiti :
1] JUST - https://www.dropbox.com/s/7goxhlt752tjz68/JUST.doc
2] AMMAN - https://www.dropbox.com/s/33cdi59w97cat24/AMMAN.doc
3] MAFRAQ - https://www.dropbox.com/s/w56ify27in5uvgm/MAFRAQ.doc
4] MU'TAH - https://www.dropbox.com/s/3wservygdkans7c/MU%27TAH.doc
5] YARMOUK - https://www.dropbox.com/s/v5qvavpqjvhpwg9/YARMOUK.doc

Link Spreadsheet Borang Pencalonan Diri:

Link Spreadsheet Borang Pencalonan Umum:




Saturday 15 March 2014

KARYA TERBAIK KARYA SISWA MINGGU KE-5

KATEGORI ARTIKEL

Oleh:Aishah binti Rosli
Tahun 2,Universiti Al Albayt

Tajuk:Hormati Ibu Bapa amalan berterusan
Seorang anak kebiasaan akan lebih menghargai ibu bapanya setelah dia memiliki cahaya mata yang pertama. Betapa rumitnya membesarkan bayi yang baru dilahirkan hinggalah usia meningkat dari tahun ke tahun dipenuhi dengan pelbagai cabaran.
Saat itulah, baru menceritakan semula penat lelah ibu dan bapa yang membesarkannya suatu ketika dahulu. Selain, kepayahan ketika mengandung hinggalah tiba waktu melahirkan.
Pengorbanan ibu bapa sebenarnya telah ditegaskan oleh Allah Taala dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)Pengorbanan ibu dan bapa yang tidak terkira nilainya dan amat tidak wajar dipandang remeh atau ringan oleh anak-anak. Apabila keduanya menghampiri daerah usia yang lanjut, bermusyarawarahlah sesama adik-beradik untuk saling berbakti selagi usia ibu bapa kita belum terhenti.Sebenarnya kewajipan menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini tidak terhenti selepas mereka meninggal dunia saja. Bahkan walaupun ibu bapa sudah tiada, anak dikehendaki berdoa supaya mereka mendapat keampunan Allah SWT. Selain itu, anak juga dikehendaki melaksanakan wasiat mereka; membayar hutang mereka (jika ada) dan berbuat baik kepada sahabat mereka. Jelaslah menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa adalah suatu amalan utama dan berterusan sepanjang masa.

Perintah Islam supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa ini berbentuk umum tidak kira, sama ada mereka beragama Islam atau tidak. Cuma bagi ibu bapa bukan beragama Islam, perintah menghormati dan berbuat baik itu dengan bersyarat iaitu selagi ibu bapa tidak menyuruh anaknya yang beragama Islam melakukan perkara mensyirikkan Allah SWT. Diriwayatkan daripada Sa’id bin Abu Waqqas bahawa Ummu Sa'ad adalah seorang kafir kerana terlalu benci kepada Rasulullah SAW, pada suatu hari Ummu Sa'ad berkata kepada anaknya, “Bukankah Allah menyuruh engkau berbuat baik kepada ibu bapamu? Demi Allah, aku tidak akan makan dan minum sehingga aku mati atau engkau kufur (kepada Nabi Muhammad saw).” (Riwayat Muslim).
Berikutan peristiwa ini, Allah SWT menurunkan ayat 8 daripada surah al-Ankabut yang bermaksud: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau menyekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kamu semua kembali, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang sudah kamu kerjakan.” Selain itu, banyak peristiwa dan kejadian menimpa orang menderhaka ibu bapanya. Satunya ialah peristiwa menimpa Alqamah. Alqamah seorang sahabat yang kuat beribadah kepada Allah SWT, tidak dapat melafazkan kalimah tauhid pada saat kematiannya. Alqamah pernah melakukan perbuatan mengguris hati ibunya akibat terlalu cinta kepada isterinya. Beratnya dosa menyakiti ibu bapa, lidah Alqamah seakan-akan terkunci.
Tiada sepatah perkataan pun terkeluar daripada mulutnya.Azab yang menimpa Alqamah berakhir selepas ibunya memaafkan kesalahan yang dilakukannya.
Kesimpulannya, anak yang menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa akan mewujudkan keluarga bahagia. Sayangilah mereka selagi mereka masih ada.

KARYA SISWA MINGGU KE-5 | Karya 3

KARYA 3 | KATEGORI PUISI

Oleh:Wan Ahmad Fadhli,Tahun 3 Uni Yarmouk

Sang pemilik hati
Hari ini,
Ku berdiri di taman yang berduri,
Ingin ku bercerita tentang kisah hati,
Kerana telah lama ku pendami.
Ku lihat betapa banyak nya bunga disisi,
Bunga yang cantik dirinya,
Bunga yang manis wajahnya,
Bunga yang madu rasanya,
Namun ku tempis segala itu dari fikiran,
Kerna ku tau hanya satu yang inginku sandang.
Hal ini membuatkan aku teringatkan mu,
Jiwaku terseksa mengharapkanmu,
Namun apakan daya, Engkau masih belum menjadi milikku.
Setiap hari membuak-buak getaran hatiku ,
Kerna Hati ini dah terlalu merindu,
Betapa inginku berjumpa denganmu,
Bermesej-mesej denganmu,
Bercinta-cinta denganmu.
Oh hati!
Mustahil untuk aku lakukan semua itu,
Kernaku tau itu bukan jalan syariat tuhanmu,
Dan ia akan merosakkan dirimu.
Acap kali mizan hatiku bertanding antara iman dengan nafsu,
Nafsu ku menang mengalahkan seribu,
Lalu imanku hancur menjadi debu,
Kerna aku insan yang terlalu mengharapkanmu.
Wahai sang pemilik hatiku,
Walaupun wajahmu terlindung dari pandanganku,
Tapi jiwa mu telahku tatap selalu,
Rajin, baik, dan lembut dalam tutur kata mu,
Membuatkan aku terpesona selalu,
Sehingga kuinginmu menjadi teman istimewa buatku.
Tidak pernah aku tau,
Sama ada dirimu telah dimiliki ataupun tidak,
Sungguhpun ia sentiasa mengiang-ngiang di telingaku,
Bercampur gundahan hati yang berliku.
Aku sedar akan diriku,
Seorang budak hingusan dalam bicara hati,
Persiapan diri masih lagi berlari-lari,
Ilmu dan duit masih ku cari-cari,
Bermakna ini bukan masanya lagi.
Aula kepada aku,
Untuk mempersiapkan diriku,
Menyelesaikan tanggungjawab yang terdahulu,
Sebelum merangkap yang berbatu.
Akanku tunggu hingga hari graduasi,
Kerna ibuku masih belum memberi,
'Green light' dalam menyarung cincin dijari,
Untuk menjadikan mu isteri yang sah disisi,
Oh! Fantasi ini akanku bayang-bayangkan dihati
Memupuk semangat ke dalam diri,
Agar menjadi manusia yang bertauliah dan berilmu
Oh, sang pemilik hatiku.
P/S: ini hanyalah rekaan semata-mata

KARYA SISWA MINGGU KE-5 | Karya 2

KARYA 2 | KATEGORI KOMIK

Oleh:Mohd Saifuldin Zainal,Tahun 2 Uni Yarmouk


KARYA SISWA MINGGU KE-5 | Karya 1

Karya 1| Kategori Puisi
Oleh:Wan Nur Syakira,Tahun 3 Uni Yarmouk
Manusia,
kau beri maaf,
tanda hapus kisah silam,
bila kau dan dia diduga,
kau ungkit hikayat lama.

Maaf itu bukan rasa,
maaf itu sebuah janji,
janji untuk lontar jauh silap itu,
bukan kutip kembali,
lemparkan sekali lagi ,
pada wajah yang dimaafi.

Manusia,
kau beri maaf,
namun kau lupa,
sempurna milik Yang Esa,
bila ceritera yang sama berulang tanpa sengaja,
hukumanmu seakan insan itu sesempurna Tuhan.

Maaf itu bukan rasa,
maaf itu toleransi,
memahami berubah itu panjang,
tak semudah seperti membuang duri jalanan,
aku rasa kamu faham payahnya, 
kerna kamu juga sedang berubah bukan?

Wahai manusia,
siapa kita memilih insan untuk dimaafkan,
siapa kita berfikir lama untuk memaafkan,
sedangkan keampunan Pencipta tak bertepian,berlagaknya kamu selaku ciptaan?!

Wahai manusia,
kerna sayang kukatakan,
maaf takkanmenjadikan kamu kecil,
maaf itu pastinya tanda,kamu punya hati yang besar,
usahlah bakhil,
percayalah,
salah yang dipadam dengan cinta,
yang baik-baik akan berbunga.

Saturday 8 March 2014

KARYA TERBAIK MINGGU KE-4

Karya Terbaik Minggu ini!
Kategori Video
Tajuk:Change The Mood I : Exam

Tahniah kepada Wan Ahmad Fadhli bin Wan Mohd Hatta atas kejayaan merangkul karya terbaik untuk minggu ini.


KARYA SISWA MINGGU KE-4

Kategori Cerpen
oleh:Wan Nur Farhanah,
Tahun 2,Universiti Yarmouk

ESOK
Petang itu sewaktu menuju ke jamiah sendirian, aku dilanda rusuh tanda aku punya masalah sendiri. Masalah tersebut sebenarnya sudah tidak dapat diselesaikan. Terkadang wujud masalah yang tidak punya jalan keluar. Dan aku sedang menghadapi saat itu ketika ini. Waktu ini. Aku tahu, manusia pasti sentiasa akan berada dalam masalah tetapi bagiku masalah yang aku hadapi ini adalah perkara terbesar dan sangat mengganggu hidupku.
Petang itu aku jalan perlahan. Aku seret kaki ini pelan-pelan. Tanda cukup tidak bersemangat. Namun, kuliah harus dihadiri. Muka monyok usah dikira. Seakan untuk mengukir senyum kepada sesiapa menjadi satu tugas berat buat aku. Di penghujung bulatan penumbuk menuju Kuliah Syariah, aku terserempak dengan Aini. Dia junior sewaktu sekolah menengah dulu. Bibir ini aku paksa ukir sebuah senyuman padanya. Yalah, mana mungkin aku tidak senyum kepada bakal adik ipar aku sendiri. Hihi
“Kakak, jangan senyum kalau tak ikhlas” laju dia menutur kata.
Aini sangat jujur. Bahkan terlalu jujur. “Tak tahulah Aini. Kakak rasa hilang sangat ni” aku terus-terang.
“Sudahlah tu kakak. Bukan Allah buat semua tu untuk sia-sia. Adalah tu benda yang Dia nak bagi kat kakak. Dia ambil sikit je dari kakak. Mungkin sebab Allah nak bagi banyak kat kakak? Sebab tu Dia ambil sikit dari kakak. Mana tahu kan? Kakak jangan risau ye?” Dia usap-usap bahuku.
Aku cuma mengangguk lemah.
“Pergi dulu kakak. Ada hal sikit dekat rumah. Eh lupa nak bagitahu. Oren dah beranak tau. Tiga ekor anak dia. Comel-comel pulak tu. Tapi warna oren macam dialah” dia bercerita semangat sambil mengangkat tiga jari tengah. Bersungguh dia membela kucing jalanan yang dia jumpa tepi tong sampah berhampiran PUSKOM bulan lepas.
“Nanti datanglah tengok baby Oren. Bawaklah buah tangan sikit, buah epal pun okey dah kakak. Untuk Ainilah, bukannya untuk Oren. Alang-alang nanti datang boleh skype dengan abang sekali. Hehe”
Aku senyum tawar. Haih. Sempat lagi dia mengusik. Apa kaitan entah kucing oren dia tu dengan abang dia.
“Dah pergi. Kakak dah lewat ni” halauku cepat. Muka aku tahan sebolehnya. Panas juga rasa di pipi.
Aini melambai pergi. Ceria sekali orangnya sehingga ramai orang menyenanginya termasuk aku. Dan Ainilah yang melamar aku untuk abang sulungnya. Katanya aku seorang kakak yang tabah dan kuat. Dan dia mahu menyerap segenap kekuatan itu daripada aku.
Tapi itu dahulu. Itu ketika zaman kegemilangan aku. Sekarang aku sudah menjadi seorang kakak yang mudah lemah dan menangis. Kali ini bila aku merasa kehilangan, aku cepat melatah. Tidak seperti dulu aku terlalu mengahargai dugaan dan mehnah. Dulu aku menganggap ujian dunia sebagai jambatan ke syurga tapi sekarang, seakan aku terhijab dari melihat semua itu. Aku melihat masalah cuma membawa kepada kesusahan dan tiada jalan keluar, bukan lagi sesuatu yang membuahkan pahala. Oh malangnya hidup aku.
“Ya Allah, pinjamkan aku sedikit kekuatan” rayu aku sayu.
Esok hari Jumaat. Doktor Abdul Majeed menyudahkan kuliah petang itu dengan menyeru semua pelajarnya untuk memperbanyakkan ibadah sunat pada esok hari. Dan antara tuntutan yang sering beliau tekankan adalah membaca Surah Kahfi. Dotor ada menceritakan sedikit tentang kisah Nabi Musa dengan Khidir. Tetapi ingatan aku seakan melayang. Aku langsung hilang fokus sejak berlaku kejadian hitam itu. Mujurlah hari ini dua daripada tiga kuliahku batal kerana doktor menghadiri Munaqashah Ilmi di Amman.
Lima minit kemudian, kuliah bersurai. Aku menapak lambat pulang ke rumah.
**
Usai solat maghrib, aku capai Al-Quran terjemahan pemberian ibu di atas meja. Aku mengambil tempat di atas katil. Muka surat 293 aku selak. Surah ke-18 itu aku baca perlahan. Bila tiba ayat ke-60 yang bercerita tentang Nabi Musa dan Khidir, aku jadi teringat tazkirah Doktor Abdul Majeed petang tadi. Lantas aku baca penuh khusyuk maksud ayat-ayat tersebut.
“Adapun perahu itu adalah milik orang miskin yang berkerja di laut; aku bermaksud merosakkannya, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang akan merampas setiap perahu”
Aku tersentap. Rupanya ini jawapan kepada persoalan Nabi Musa yang tidak sabar untuk mengetahui tentang mengapa Khidir melubangi perahu ketika kedua mereka menaikinya. Lantas aku sambung pembacaan.
“Dan adapun anak muda yang kafir itu, kedua orang tuanya mukmin, dan kami khuatir kalau dia akan memaksa kedua orang tuanya kepada kesesatan dan kekafiran”
Aku angguk perlahan. Patutlah Khidir membunuh pemuda tersebut yang dilihat sebuah jiwa yang bersih oleh Nabi Musa pada ayat-74. Cepat-cepat aku teruskan pembacaan untuk mengetahui sebab Khidir menegakkan dinding rumah atau tembok yang condong dan hampir roboh di negeri yang mereka pergi itu.
“Dan adapun dinding rumah itu adalah milik dua anak yatim di kota itu, yang di bawahnya tersimpan harta bagi mereka berdua, dan ayahnya seorang yang soleh maka Tuhanmu mengkehendaki agar keduanya sampai dewasa dan keduanya mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhanmu.”
Betullah. Allah buat sesuatu bukan sia-sia. Aku berhenti sekejap menarik nafas.
“Apa yang aku perbuat bukan menurut kemahuanku sendiri. Itulah keterangan perbuatan-perbuatan yang engkau tidak sabar terhadapnya”
Sekali lagi aku tersentap. Ayat terakhir itu bagaikan merentap tangkai jantungku. Cerita perihal sabar. Sebenarnya adakah aku tergolong dalam puak manusia yang kurang bersabar? Tiba-tiba hati aku menjadi sayu. Terasa seperti Allah seolah-olah bercakap denganku. Terasa seperti Allah memujuk lembut hatiku. Aku tutup Al-Quran terjemahan berwarna coklat itu dengan kemas. Mataku memandang ke hadapan tanpa isi. Kosong. Allah perintahkan Khidir buat sesuatu yang kelihatan tidak elok tetapi sebenarnya sangat baik di masa hadapan. Allah lebih tahu apa yang Nabi Musa tidak tahu.
Allah buat sesuatu bukan sia-sia. ‘Cuba kau sabar, mesti nanti tersingkap apa yang terlindung’. Ada satu suara bergema di telinga. Tapi kenapa aku kurang sabar ya? Apa sebenarnya yang Allah nak bagi kat aku ni?
Tiba-tiba dada terasa berombak. Sayu mengenang lemahnya diri. Betapa perlunya aku yang daif ini kepada kuasa bertuhan. Hati mula menjadi sedih.
Allah buat sesuatu bukan sia-sia.
Handphone Sonyku berbunyi. Ada notification facebook masuk. Aku capai dan terus membukanya. Aini. Apa pulak budak kecil ini conteng di dinding mukabukuku?
“[3:139] :) [2:177] Jadi kuat kakak”
Cuma sebaris nombor dan smiley yang tersenyum. Serta kata hikmat dia.
Aku pejam mata rapat-rapat. Aku tahu nombor itu. Aku kenal sangat nombor itu. Aku arif benar apa kandungannya.
Sony Experia aku campak ke tepi. Al-Quran di tangan aku rapatkan ke dada. Sebak mula menguasai diri. Aku rapatkan mata serapatnya. Aku selesa dengan gelap yang aku ciptakan sendiri. Perlahan, kandungan ayat 139 Surah Al-Imran bergema kuat di dalam benakku.
“Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman”
Air mata mula merembes laju. Esak mula kedengaran. Aku tidak dapat perasaan yang membuak-buak masuk dan memukul dadaku. Aku semakin menguatkan dakapan Al-Quran ke dada. Mata semakin aku rapatkan, seolah tidak mahu lagi terbuka. Seakan ayat-ayat Al-Quran itu diturunkan untuk aku.
“.. dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”
Esak tangis aku mula kedengaran. Ayat 177 Surah Al-Baqarah berjaya menawan hatiku. Kesabaran yang baik. Orang yang bertaqwa. Darjat tinggi. Orang beriman. Akhirnya hatiku terbuka menerima takdir. Aku mula boleh menerima kenyataan. Kehilangan kucing kesayangan dua hari lepas benar-benar menggugat fokus dan konsentrasi aku dalam pelajaran dan kehidupan. Aku sangat menyayanginya. Bahkan kucing itulah peneman sejak aku mula jejakkan kaki ke Jordan. Jaguh nama dia.
Jaguhlah teman baikku. Jaguh jualah teman bergaduh aku. Jaguh kucing yang baik. Dia selalu kejutkan aku untuk bersubuh. Dia sering masuk ke dalam selimut dan menjilat mukaku. Hari-hari hidup aku dipenuhi cerita dia. Jaguh selalu menemani malam berjagaku bila tiba musim peperiksaan. Dia selalu menyendengkan badannya ke tangan aku bila terlihat aku mengantuk dan tersengguk. Dia juga selalu bersama tika susahku. Mengiau-ngiau tanda setuju bila aku bercerita sesuatu padanya. Jaguh selalu menyahut segala apa yang aku cakap padanya walau aku cuma membebel seorang diri. Dia makhluk terhebat yang pernah Tuhan hantarkan untukku. Jaguhlah dunia aku. Tiada yang lainnya.
Tapi kini dia tiada lagi. Tiada lagi jilatan pada muka sewaktu azan subuh. Tiada lagi peneman study malam-malam. Tiada lagi yang menyahut aku bila aku membebel-bebel tidak puas hati. Tiada lagi dia. Tiada lagi cerita Jaguh dalam hidup aku. Aku jadi rindu. Aku rindu sangat pada Jaguh.
Terima kasih Aini. Terima kasih Allah. Sesungguhnya aku sudah terpujuk dengan kalam-Mu. Terima kasih ya Tuhan kerana menyedarkan aku. Sesungguhnya aku mesti bertabah atas kehilangan. Aku mesti kuat menghadapi dugaan. Jaguh pergi menghadap Penciptanya Yang Agung. Kenapa perlu aku risaukan dia? Jaguh pasti senang berada di syurga. Dan berkemungkinan dia sedang menunggu aku untuk mengikutnya sama.

Jaguh pergi menghadap Tuhannya. Dan aku tidak redha atas realiti itu? Alangkah malangnya kefuturan aku untuk dua hari ini. Menghukum diri atas takdir Tuhan. Ampunkan aku ya Allah..
Satu sms masuk ke peti kotak mesej Sonyku. Aku membuka mata. Air mata di pipi aku biarkan. Dari budak kecil tu lagi rupanya.
“Jadilah jaguh buat Tuhanmu seperti Jaguh yang berbakti kepada tuannya. Dan dia pergi saat tibanya dia harus pergi, seperti jua engkau yang akan pergi bila tiba masanya nanti. Moga kakak bertemu Jaguh di syurga. Jadi kuat kakak J
Aku senyum. Kali ini terasa manisnya. Terima kasih Aini sayang.
Aku fikir aku lemah tanpa Jaguh. Semoga kematian Jaguh lebih menghidupkan aku dan lebih membawa aku mengenal Tuhan. Mungkin inilah hikmahnya. Aku jadi lebih rapat dan dekat dengan Allah sejurus selepas Jaguh pergi tinggalkan aku.
Dan ya, Allah tidak buat sesuatu untuk sia-sia. Bersabarlah untuk melihat tersingkapnya apa yang tidak pernah kau tahu. Moga esokmu cerah dan lebih mengenal Tuhan.

Saturday 1 March 2014

MINGGU KE-3 PERTANDINGAN KARYA SISWA

KARYA TERBAIK MINGGU INI!
Kategori PUISI
Oleh:
-Muhammad bin Abdullah
-Tahun 3,Universiti Yarmouk


-MUSAFIR ILMU-

Ilmu itu
Ingin ku nukilkan
Mutiara agung di tengah lautan
Intan emas di tanah galian
Ku kutip bersama sepanjang perjalanan
Indah nian anugerah tuhan
Buat hambaNya dalam pengembaraan.

Ilmu itu
Mengheret ku ke sini
Bumi barakah menjadi saksi
Hamba hina menapak diri
Mengemis kasih sekelumit abadi
Mengenal pencipta mendamba erti
Aku hidup keranaMu Ya Robbi..

Ilmu itu
Mengajar aku menjadi insan
Membentuk diri menjadi mapan
Menghias hati bersama iman
Petunjuk naluri mencari teman
Buat bekalan jalan seiringan
Melangkah bersama dalam perjuangan.

Ilmu itu
Muhasabah diri mencanai peribadi
Dijulang tinggi kekal abadi
Ku dakap kemas di pelukan hati
Kerna ku mengerti
Jauh di sudut hati
Tersemai kasih padaMu Ilahi..

-Muhammad bin Abdullah-
25 Rabiul Awwal 1434H
9.39 p.m
Irbid, Jordan.