Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Sunday 27 February 2011

Borang Aduan Masalah @ Cadangan



Kepada mana-mana ahli PUTRA yang ingin utarakan sebarang masalah atau cadangan, 
boleh laa isi spreadsheet ini ye. 
Kerjasama dari ahli amat dialu-alukan.
Terima kasih.

Thursday 24 February 2011

Habibuna Rasulullah s.a.w.





Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 20 April tahun 571 masihi pada saat pasukan tentera bergajah Abrahah dihancurkan burung-burung ketika mereka datang untuk menyerang ka’bah. Ka’bah adalah tempat di mana Muhammad dibesarkan dan diasuh. Sebuah tempat suci yang dibangunkan Nabi Ibrahim yang merupakan nenek moyang Nabi Muhammad. Ayahnya Abdullah wafat ketika beliau berada dalam kandungan ibunya Aminah. Muhammad kemudian disusui oleh Halimatul Saadiah di sebuah desa Banu Syaa’at . Ibunya meninggal ketika beliau berusia 6 tahun. Rasulullah bekerja sebagai pengembala kambing dan menjalankan perniagaannya bersama seorang janda yang bernama Khadijah Bt Khuwailid. Kota Mekah adalah tempat Rasulullah menghabiskan usia remajanya. Di kota Mekah dia baru berusia 25 tahun ketika menikahi Khadijah yang telah berumur 40 tahun.

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan dan sebagainya.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.

Hari maulud (kelahiran) Nabi Muhammad bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad SAW berasaskan firman Allah dalam Al-quran yang bermaksud: “Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad SAW) memuliakannya, menolongya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-quran) mereka itulah orang yang beruntung. (Al-A’raf; 157)

Ada tiga kejadian besar dan sangat bersejarah pada bulan Rabiul Awwal. Lebih uniknya, ketiganya terjadi pada tanggal yang sama, yaitu pada tanggal 12 Rabiul Awwal. Pertama, kelahiran Nabi Muhammad saw, sang penutup para nabi.Kedua, peristiwa Hijrah yang mengawali teguhnya kemuliaan dan kekuasaan Islam. Ketiga, wafatnya Nabi Muhammad saw yang melambangkan kebangkitan semangat para sahabat untuk terus berjuang dan setia pada perjuangan Nabi mereka.
Pada setiap tanggal tersebut, hampir seluruh umat Islam di penjuru dunia merayakannya dengan penuh khusyuk. Masing-masing mengisi perayaan ini dengan khazanah ke-Islaman, pembacaan shalawat, doa, dan ceramah nasihat; baik tentang sejarah perjuangan Rasulullah maupun nilai-nilai Islam yang bermanfaat. Dan, acara ini kebanyakan mengikat pada acara kelahiran Rasulullah, yaitu yang disebut dengan Maulid Nabi Muhammad saw.
Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

  • Mentauhidkan Allah - Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.
"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

  • Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya - Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.
Ibnu Mas'ud berkata: "Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya." (Huquq al-Nabi)

  • Mentaati sunnah Nabi s.a.w - Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.
Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.
  • Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu..." (Surah al-Ahzab: 21)
  • Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w - Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: "Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat." (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • Sentiasa memuji dan mengingatinya - Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.
Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

  • Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w - "Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh." (Hadis riwayat Muslim)
  • Benci orang dibenci Nabi s.a.w - Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.
  •  Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik - "Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga." (Hadis riwayat Muslim)
Semoga sambutan pada tahun ini membawa tuah dan berkat dalam hidup kita. Maka perbanyakkanlah selawat untuk Nabi kita semoga di akhirat nanti kita beroleh syafaat daripadanya. Amin Ya Rabb~





Keputusan Pertandingan Mencipta Wallpaper Sempena Maulidur Rasul

PUTRA mengucapkan sekalung penghargaan kepada para peserta yang menyertai pertandingan cipta wallpaper sempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan baru-baru ini.




NURUL AINI BINTI MOHAMAD
TAHUN 4
PERGIGIAN
JUST









NURUL IZZATI BINTI IDRIS
TAHUN 1
PERGIGIAN
JUST


Wednesday 9 February 2011

Pertandingan Mencipta Wallpaper


Pertandingan Cipta Wallpaper

Sempena sambutan Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1432 H

Tema wallpaper: Maulidur Rasul (gaya bebas)

Terbuka kepada SEMUA AHLI PUTRA

Tarikh tutup penyertaan: 18 Februari 2011


Submit wallpaper rekaan anda kepada:
Nor Shuhada bt Nordin (mafraq)
syahid_2827@yahoo.com.my

sertakan sekali maklumat diri anda:
- nama penuh
- takhasus
- mantiqah

Hadiah menanti 3 pereka terbaik!~

Semua wallpaper yang dihantar akan dipublishkan dalam blog PUTRA.. 

~Jom reka wallpaper~
^______^

"bersama hayati perjuangan Baginda"

Tuesday 1 February 2011

Kenyataan PUTRA Terhadap Isu di Mesir



Assalamualaikum w.b.t 
Semoga semua ahli PUTRA sentiasa dilindungi Allah tidak kira di mana anda berada. Alhamdulilah kita masih dikurniakan dua nikmat terbesar iaitu ; nikmat Islam dan nikmat Iman. Tidak dilupakan, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W.

Sepertimana yang kita tahu, telah genap seminggu demonstrasi untuk menjatuhkan rejim kerajaan Mesir pimpinan Husni Mubarak oleh rakyatnya sendiri. Usaha yang diketuai oleh Mohamed Elbaradei bagaikan tiada tanda henti sehingga Presiden Husni Mubarak mengundur diri ataupun digulingkan walaupun berhadapan dengan pasukan tentera dan polis yang dikerah bagi menyekat kemaraan rakyat.

Demonstrasi ini terhasil selepas melihat kejayaan revolusi di Tunisia yang telah menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali baru-baru ini. Sebagaimana yang telah kita maklum, keadaan di Mesir kini semakin meruncing disebabkan kedegilan Husni Mubarak yang sanggup untuk memerangi rakyatnya sendiri. Sehingga kini, ratusan nyawa telah terkorban dan ribuan lagi tercedera.

Dalam usaha segolongan yang mahu menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan, muncul golongan yang mengambil kesempatan di atas keadaan yang huru-hara. Jenayah berleluasa bagaikan tiada undang-undang. Rompakan dan pergaduhan, penjara dipecahkan, bangunan dibakar dan banyak lagi.

Alhamdulillah, kerajaan Malaysia juga sedang berusaha untuk memindahkan segera semua 11,319  orang rakyat Malaysia di Mesir ke negara yang berdekatan seperti Libya, Arab Saudi, dan Jordan melalui jalan laut dan jalan udara selepas keadaan semakin kritikal dan tidak terkawal.

Di kesempatan ini, saya mengharapkan keprihatinan semua ahli PUTRA untuk mengikuti perkembangan di Mesir dari semasa ke semasa. Dan untuk pengetahuan semua, terdapat ahli PUTRA yang terkandas di sana termasuk dari ahli pimpinan tertinggi PUTRA sendiri. 

Akhirnya, saya menyeru agar kita semua dapat mendoakan keselamatan semua yang berada di Mesir umumnya dan ahli PUTRA yang masih tersekat di sana khususnya. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan mereka,Ameen.

"Ke Arah Kegemilangan PUTRA"


Amir Siddiq Bin Hasnan
Setiausaha Agung
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan