Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Thursday 26 December 2013

SENARAI PENERIMA ZAKAT

Senarai penerima Bantuan Pendidikan MAIDAM (RM5000--)

Bil
NAMA
UNIVERSITI
1.
Ahmad Syafiq bin Suhaimi
Al Al Bayt,Mafraq
2.
Mohd Izzul bin Abdul Fattah
Al Al Bayt,Mafraq
3.
Muhammad Abdul Hafiz bin Musa
Al Al Bayt,Mafraq
4.
Muhammad Abbad bin Md Saufi
Al Al Bayt,Mafraq
5.
Muhammad Arif bin Ahmad
Al Al Bayt,Mafraq
6.
Muhammad Luqman bin Md Yusof
Al Al Bayt,Mafraq
7.
Aisyah bt Rosli
Al Al Bayt,Mafraq
8.
Farah Nasuha bt Johan
Al Al Bayt,Mafraq
9.
Siti Nur Afeefah bt Musa
Al Al Bayt,Mafraq
10.
Bushro bt Abdul Zaman@Bakri
Al Al Bayt,Mafraq
11.
Sarah Syahidah bt Zulkefly
Al Al Bayt,Mafraq
12.
Mariam bt Md Yusof
Al Al Bayt,Mafraq
13.
Ahmad Syahir bin Md Harun
Yarmouk,Irbid
14.
Mohamad Fathul Faiz bin Abdul Manas
Yarmouk,Irbid
15.
Mohd Ilham Fahmi bin Abdul Fatah
Yarmouk,Irbid
16.
Muhammad Hasrul bin Azhar
Yarmouk,Irbid
17.
Muhammad Naim bin Mohd Zaki
Yarmouk,Irbid
18.
Fatimah Azzahra bt Faizol Azham
Yarmouk,Irbid
19.
Masyitah bt Mohd Zaki
Yarmouk,Irbid
20.
Nurul Afifah Balqies bt Roslee
Yarmouk,Irbid
21.
Siti Aisyah bt Che Yusof
Yarmouk,Irbid
22.
Nur Najihah bt Mohamad Yussof
Yarmouk,Irbid
23.
Wan Nur Syuhada bt Wan Abdul Halim
Yarmouk,Irbid
24.
Ahmad Amar Hakimi Bin Ahmad Lutfi
Mu’tah,Karak
25.
Ahmad Idham Bin Roshid
Mu’tah,Karak
26.
Muhammad Muizzuddin Bin Zaini
Mu’tah,Karak
27.
Muhammad Syafiq Bin Abdullah
Mu’tah,Karak
28.
Ahmad Syaafiq Bin Zakaria
Mu’tah,Karak
29.
Muhammad Fahmi Bin Mazuki
Mu’tah,Karak
30.
Ihsan Nur Rahman Bin Hussin Zawawi
Mu’tah,Karak
31.
Nor Ain Aeda bt Mohd Ariffin
Mu’tah,Karak
32.
Al Kautsar bt Ariffin
Mu’tah,Karak
33.
Farahiyah Amirah bt Mohd Rozali
Mu’tah,Karak
34.
Nor Basirah bt Ramli
Mu’tah,Karak
35.
Nurul Izafiah bt Musameh
Mu’tah,Karak
36.
Siti Fatimah Azzahra bt Mohd Nasir
Mu’tah,Karak
37.
Wafaa bt Mazlan
Mu’tah,Karak
38.
Nur Syakirah bt Mukhtar
Mu’tah,Karak
39.
Ahmad Faiz bin Marican
Urduniyah,Amman
40.
Md Zakwan Arif bin Mohd Maidin
Urduniyah,Amman

Nama-nama yang tersenarai di atas adalah pelajar-pelajar yang tergolong dalam asnaf fi sabilillah (Ibu bapa berpendapatan sederhana)lebih RM 500 & kurang RM 10 ribu..
**Nama-nama ini juga telah lulus dan telah selesai urusan dengan bank.
**Jumlah zakat yang diberi adalah RM 5000 ke bawah dan masing-masing berbeza mengikut pendapatan ibu bapa dan bilangan tanggungan.Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui  jumlah yang diperoleh, boleh rujuk Amirul Aiman Bin Abdullah bagi syabab dan Nurul Asmaq bagi akhowat.


Senarai pelajar yang mendapat zakat RM9000

Bil
NAMA
UNIVERSITI
1.
Abdul Rahman Solihin bin Abu Bakar
Yarmouk,Irbid
2.
Abu Bakar bin Othman
Yarmouk,Irbid
3.
Bakhtiar bin Ahmad
Yarmouk,Irbid
4.
Mastura bt Musa
Yarmouk,Irbid
5.
Nurul Mawaddah bt Isa
Yarmouk,Irbid
6.
Mohammad Zakariyya bin Mohamad
Al Al Bayt,Mafraq
7.
Sumayyah bt Anuar
Al Al Bayt,Mafraq
8.
Nurul Aisyah bt Yahaya
Mu’tah,Karak
9.
Wan Mohd Taufik bin Wan Marzuki
Mu’tah,Karak

Saturday 7 December 2013

KARNIVAL SUKAN PUTRA 2013

Karnival Sukan PUTRA atau KASUT adalah satu program anjuran Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah di antara ahli PUTRA seluruh Jordan.Pelbagai aktiviti menarik bakal dihidangkan kepada anda,antaranya ialah 
-Sukaneka
-Booth PUTRA dan Medik
-Gerai jualan
-Taaruf AMT dan ALT




Kini pendaftaran telah dibuka buat semua ahli PUTRA!!Jom,jangan lepaskan peluang untuk menyertai KASUT yang bakal diadakan pada 21 DISEMBER 2013.Untuk menyertai,anda boleh mengisi spreadsheet sehingga 13/12/2013 dan membayar yuran kepada PIC setiap mantiqah.

Irbid:1 JD
Amman:1.75JD
Mafraq:1.75JD
Mu'tah:2JD
*Bayaran selewat-lewatnya pada 18/12/2013
*Yuran termasuk pengangkutan dan makanan
*PIC boleh rujuk di Group PUTRAGANU

Link spreadsheet:

Friday 4 October 2013

KEPUTUSAN RAMADHAN CONTEST

KEPUTUSAN RAMADHAN CONTEST



   Pihak BPP meminta maaf atas kelewatan pihak kami menghebahkan keputusan pertandingan Ramadhan Contest yang telah dianjurkan pada bulan Ramadhan yang lalu.Walaubagaimanapun,pihak kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas penyertaan ahli PUTRA dalam pertandingan ini yang tidak lain tidak bukan untuk menampilkan bakat ahli PUTRA yang sememangnya mempunyai kelebihan yang pelbagai.Berikut adalah keputusan yang telah dipersetujui oleh pihak BPP:

Kategori Poster

Johan       :Mohd Asyraf bin Che Abdullah
                Bahasa Arab
               Tahun 2 Universiti Yarmouk

Naib Johan dan tempat ketiga:Tiada

Kategori Puisi

Johan            :Siti Hajar bt Mazait
                     Fiqh wa Usuluh
                     Tahun 3 Universiti Mu’tah

Naib Johan     :Wan Amalina bt Wan Ismail
                     Fiqh wa Usuluh
                     Tahun 2 Universiti Yarmouk

Tempat ketiga :Wan Nur Farhanah bt Wan Al-Jannah
                      Bahasa Arab
                      Tahun 2 Universiti Yarmouk

Tahniah kepada semua Peserta!Hadiah akan disampaikan oleh perwakilan masing-masing beserta sijil.

           
            

Friday 27 September 2013

SLOT PUTRA BERSAMA MAHASISWA BARU



IRBID,20/9 JUMAAT

Slot BKAN PUTRA bermula sekitar jam 1.30 petang.Kesemua pelajar baru yang hadir seramai 44 orang yang terdiri daripada 19 orang syabab dan 25 orang syabab namun bilangan ini masih belum rasmi.Antara pimpinan PUTRA yang datang ialah bendahari PUTRA,Wan Nur Syakira,Perwakilan Yarmouk,Hasrul dan timbalan,Mawiyah,Timbalan Biro Ekonomi,Nadia Azman dan juga Timbalan BPP.Borang keahlian telah diagihkan dan yuran sebanyak 3JD telah dikutip oleh perwakilan Yarmouk.

pelajar baru yang hadir


Pimpinan PUTRA yang hadir dan memberi penerangan




MAFRAQ,20/9 JUMAAT

Slot BKAN PUTRA bermula pada jam 11.00 pagi.Bilangan pelajar baru yang berdaftar dengan PUTRA seramai lebih kurang 16 orang.Pimpinan PUTRA yang telah memberi ucapan dan penerangan antaranya YDP Ustaz Amirul Aiman,Perwakilan Mafraq,Azizi Rashdi dan Nurul Syahirah serta Ketua Biro Kemasyarakatan dan Sukan dan timbalannya,Ustaz Ismail Zakaria dan Wan Najwa Aqilah.Borang keahlian diagihkan dan dihantar beserta yuran keahlian sebanyak 3JD.

pelajar2 baru seramai 16 orang

p/s:humor semata-mata

timbalan perwakilan Mafraq bersama para akhowat









MU’TAH,21/9 SABTU

Pada jam 1.00 petang hari Sabtu,bermulanya slot BKAN PUTRA yang telah dikendalikan oleh Timbalan YDP 1 PUTRA,Ustaz Tuan Muhammad,Perwakilan Mu’tah,Puteri Aima Najihah dan penasihat PUTRA Ustazah Masyitah.Seramai 9 orang akhowat dan 11 orang syabab daripada mahasiswa baru yang mendaftar sebagai ahli PUTRA.Walaubagaimanapun,bilangan ini masih belum rasmi dan kemungkinan ade penambahan bilangan ahli baru.Penerangan serba sedikit tentang PUTRA telah disampaikan oleh Ustaz Tuan Muhammad.Borang keahlian diagihkan oleh perwakilan dan sebanyak 3JD yuran keahlian telah dikutip daripada setiap ahli baru.

Depan kuliah syariah,Universiti Mu'tah

Tuan Mat memberikan penerangan

rerumput kehijauan menjadi tempat duduk




AMMAN,20/9 JUMAAT

Slot BKAN PUTRA bermula pada jam 2.00 petang.Ustaz Faris Izzuddin,Perwakilan Amman satu-satunya pimpinan PUTRA yang hadir memberikan sedikit penerangan kepada 11 orang mahasiswa baru yang berdaftar dengan PUTRA.Borang keahlian telah diagihkan serta yuran sebanyak 3JD dikutip daripada setiap ahli.

mahasiswa baru

"jgn la amik gmbo ana"

p/s:humor semata-mata















Rentetan Program Gathering

29 OGOS 2013
Gathering Anok Ganu Jordan di Malaysia

  Julung-julung kalinya PUTRA pada sesi kali telah menganjurkan satu program di Malaysia bertujuan untuk mengumpul anak-anak Terengganu yang belajar di Jordan.Program yang bertempat di Taman Rekreasi Masjid Terapung,Kuala Ibai telah dihadiri oleh ahli PUTRA yang pulang bercuti di Malaysia dan diserikan lagi oleh tetamu jemputan iaitu Dr Zaid,seorang pensyarah UNISZA yang baru sahaja menamatkan PhD beliau di Universiti Yarmouk,Jordan.

 Dalam majlis yang cukup harmoni itu,Dr Zaid sebagai tetamu kehormat melontarkan ucapan berupa nasihat yang bermanfaat dititipkan buat hadirin yang hadir.Antara isi nasihat beliau ialah pelajar jurusan agama khususnya haruslah keluar ke tengah-tengah masyarakat,menyampaikan ilmu yang ada untuk kemaslahatan ummah bukan menyembunyikan diri dan alim sendiri.Hal ini terjadi begitu ketara sekali dalam kalangan graduan yang telah selesai pengajian sedangkan masyarakat sangat memerlukan khidmat dan ilmu daripada mereka.Sedarlah bahawa ummah dasawarsa ini sangat ketandusan nilai agama dan akhlak!

 Beliau melahirkan penyesalan terhadap segelintir pelajar jurusan agama yang belum ada disiplin diri dari aspek masa dan juga masih kurang dari segi pengurusan diri dan sebagainya.Perkara ini menjadi kebimbangan kerana tanpa sedar ia menjadi satu fitnah kepada golongan agama apabila masyarakat memandang buruk sikap yang ditonjolkan oleh mereka walaupun bukan semua yang terlibat.
  Kata beliau lagi,pelajar sewajarnya meningkatkan ilmu di dada bukan setakat di tahap ijazah sarjana muda sahaja.Walaupun sudah di tahap phD,tambahilah ilmu dengan mengajarkannya kepada orang lain.Sememang ilmu Allah ini sangat luas dan tidak akan habis walau seisi dunia mengautnya.

Antara yang hadir

 
  Akhirnya,beliau menyeru mahasiswa yang belajar di Timur Tengah ini agar meningkatkan penguasaan dalam bahasa arab walaupun berada di Malaysia.Jangan biarkan ia luput setelah lelah mempelajarinya.  
  Sebelum majlis berakhir,para hadirin menjamu selera di bawah pohonan dan deruan angin pantai yang menyejukkan.Majlis berjalan dengan lancar dan PUTRA mengucapkan terima kasih kepada ahli PUTRA yang datang memeriahkan majlis.

Dilaporkan oleh: Timbalan BPP 13/14

Tuesday 24 September 2013

RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI

Ramah mesra bersama delegasi  dari kerajaan negeri Terengganu

Baru-baru ini,pihak PUTRA telah menerima kunjungan daripada delegasi kerajaan Negeri Terengganu yang bertempat di Amman dan Irbid.Maklumat program sebagaimana berikut:

Di Amman,
Tarikh: 13 September 2013
Tempat: Rumah Persatuan persatuan Amman
Masa: Selepas maghrib
Ahli yang hadir: 15 orang

Di Irbid,
Tarikh: 15 September 2013
Tempat: Pusat Intelektual(PUSTEL)
Masa: Selepas maghrib
Ahli yang hadir: 30 orang

Antara pihak delegasi yang hadir


Delegasi yang hadir antaranya :

1.Yang Berhormat Pehimi bin Yusof,ADUN Jerteh merangkap Exco Pendidikan Negeri Terengganu
2.Encik Mohd Roshali,Pengarah APMT(Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu)
3.Ustaz Kamalruddin,Pegawai Khas Menteri Besar  bahagian agama
4.Encik Lukema,Ketua Unit Integriti di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
5.Ustaz Kamal bin Saidin,Bekas Pegawai Khas Menteri Besar bahagian agama
6.Ustaz Kamal bin Abdullah,Penolong Pengarah Hal Ehwal Imtiyaz,Yayasan Terengganu

Pesanan oleh YB Pehimi kepada AMM PUTRA


      Menerusi ucapan daripada kesemua delegasi yang datang,intipati terpenting yang perlu ada pada setiap mahasiswa adalah kesungguhan dalam menuntut ilmu di Jordan ini.Menekuni ilmu bukan sahaja pada silibus universiti bahkan ilmu-ilmu yang tidak diajar di institusi yang formal.Pokoknya,rajin dan tekun itu perlu dalam diri seorang penuntut ilmu yang ikhlas menadah titisan mutiara ilmu bukan hanya kerana sijil.Apabila keikhlasan itu menjadi pangkalnya,apa sahaja jawatan atau pekerjaan akan mengekori kita.
      Juga tawaran yang agak menarik daripada pihak legasi,mahasiswa yang telah menamatkan pelajaran di sini boleh memohon untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri Terengganu kerana banyak peluang pekerjaan ditawarkan di sana.

YB meneliti kertas kerja PUTRA


Ustaz Tuan Mat menandatangani surat untuk diluluskan sumbangan

      Hasil pertemuan pihak legasi dengan AMM PUTRA pula,YB Pehimi bersetuju untuk menyumbang wang di bawah Tabung ADUN Jerteh dan meluluskan sumbangan untuk peralatan dan aset sukan.Selain itu juga,pihak Yayasan Terengganu turut menghulurkan wang secara tunai untuk kelancaran gerak kerja PUTRA .Menurut YB Pehimi,pihak PUTRA  bolehlah menyediakan surat untuk memohon sumbangan lain daripada Pejabat Menteri Besar.
      Berita baik buat ahli PUTRA! Pihak legasi juga menyatakan bahawa kemungkinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said akan berkunjung ke Jordan pada tahun hadapan untuk melawat anak-anak Terengganu di sini.BERNAMA.

antara ahli PUTRA yang hadir di Irbid



      
      

Saturday 21 September 2013

Multimedia dan P&P

Bagaimana Teknologi Multimedia Dapat membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah (P&P)

PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA

Kemunculan aplikasi multimedia bukan merupakan fenomena baru di persekitaran kita. Kehadirannya dalam kehidupan seharian dapat disaksikan menerusi program - program di televisyen dan melalui pita-pita video. Sesuatu program atau persembahan yang kita lihat itu sebenarnya mempunyai kombinasi perkakasan dan perisian yang mana ia merupakan input yang digunakan untuk mempersembahkan output daripada pelbagai media termasuklah gambar, grafik, animasi, teks dan suara untuk menjadikan persembahan lebih efektif kepada para penonton.
Pada masa kini, penggunaan multimedia tidak hanya terhad kepada bidang hiburan semata-mata tetapi ia juga telah mula berkembang dalam bidang perniagaan, pentadbiran, perbankan dan khususnya dalam bidang pendidikan. Ini dibuktikan dengan pelbagai aplikasinya yang menjurus kepada aspek komunikasi dan pendidikan.


KONSEP MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran yang lebih lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga memudahkan guru untuk menyampaikan sesi pembelajaran dan pelajar berasa terlibat di mana berlakunya interaktiviti dalam proses pembelajaran.
Multimedia dalam pendidikan adalah alat, kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membolehkan komunikasi di antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar yang terlibat dalam proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada di dalamnya sesuai dengan minat, bakat, keperluan dan pengetahuan.


KENAPA MULTIMEDIA DIGUNAKAN

Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau persembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu-individu yang inginkan kemudahan serta impak yang berkesan dalam setiap persembahan maklumat mereka. Komputer adalah sebuah perkakasan yang paling sesuai untuk tujuan menghasilkan isi kandungan multimedia yang mana dalam sesebuah komputer peribadi multimedia itu sendiri terdapat kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video.
Dalam bidang pendidikan pula, biasanya seorang guru atau pensyarah menggunakan buku teks, papan hitam atau putih, kapur putih atau yang berwarna warni, peta, gambar dan suaranya sendiri untuk mengajar. Namun begitu, pada hari ini sistem multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat- maklumat tambahan dalam pelbagai bentuk yang menarik kepada penuntut mereka.
Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia mampu menyokong keupayaan ingatan manusia itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka tidak hairanlah mengapa ia dipilih sebagai agen membantu Pengurusan P&P Dalam Bilik Darjah.




ELEMEN-ELEMEN MULTIMEDIA

Terdapat beberapa elemen-elemen asas multimedia yang biasa digunakan iaitu :-
a) Grafik
Grafik boleh didefinasikan sebagai sebuah lukisan, pencetakan, gambar atau huruf dengan menggunakan pelbagai media samada secara manual atau menggunakan teknologi komputer. Seni grafik berkomputer digunakan secara meluas dalam dunia kejuruteraan, industri berat, animasi dan perfileman. Teknik ini dapat menampakkan atau menvisualkan sesuatu imaginasi seseorang pada skrin komputer.
Grafik sebenarnya mengunakan media statik dengan memperkembangkan keupayaan teks, ilustrasi dan gambar foto. Penambahan dimensi masa yang bergantung kepada berapa lama masa diambil oleh pengguna sebagai sebahagian daripada perolehan pengalaman maklumat yang diinginkan.
Menurut Linstrom, 1994; Ilustrasi dan gambar berupaya ‘bercerita’, menarik perhatian dan mengambarkan orang, tempat atau benda. Carta, graf ataupun rajah menyediakan dimensi maklumat kepelbagai secara visual.
Menurut Rockley, 1994; Grafik menunjukkan maklumat terperinci bergambar dan berfungsi sebagai ikon yang mewakili sesuatu.
b) Teks
Teks adalah sejenis data yang paling mudah dan memerlukan storan yang sedikit jumlah ruang ingatan sahaja. Teks boleh digunakan dalam pelbagai bidang untuk memberi penjelasan kepada sesuatu perkara dalam bentuk bacaan.
Keberkesannanya ialah untuk memperkukuhkan media-media lain.
Berkesan jika penggunanya pakar dan berpengetahuan tinggi berhubung dengan maklumat yang ingin diperolehi mereka kerana berupaya memproses maklumat lebih pantas dan berstrategi melalui media ini berbanding dengan audio mahupun video.
Menurut Rockley, 1994; walaupun manusia mungkin mendapati media-media lain lebih berkesan untuk memahami sesuatu proses, ianya mungkin sukar untuk memperolehi langkah-langkah khusus untuk sesuatu proses tanpa penggunaan teks.

c) Animasi
Ia merupakan paparan pantas imej-imej yang dapat dilihat oleh mata kasar manusia dalam bentuk pergerakan.
Menurut Lindstrom, 1994; ianya membawa pengguna lebih hampir kepada bahan maklumat. Simulasi sesuatu aktiviti atau illustrasi sesuatu konsep boleh digambarkan melalui animasi-animasi. Animasi menawarkan pengguna mengawal keterperincian, tahap serta bilangan maklumat yang diingini. Unsur-unsur realisasi sebagaimana alam kehidupan sebenar boleh diperolehi melalui klip-klip video.
d) Bunyi
Kesan bunyi memainkan peranan penting dalam teknologi multimedia pada hari ini.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membolehkan komputer mengeluarkan suara manusia. Antaranya ialah dengan menggunakan kad suara atau menggunakan pembesar suara bina dalam yang telah sedia ada pada setiap komputer. Format yang menyokong suara adalah .wav, .voc. , snd. .aud. dan sebagainya. Menyediakan amaran atau wujudnya masalah dan biasanya sebagai maklumat tambahan. Berfungsi sebagai pemberi amaran terhadap kesilapan atau kewujudan masalah. Menghasilkan mood kepada pengguna melalui muzik. Menarik perhatian melalui kesan-kesan bunyi.
Bunyi menghapuskan perasaan janggal dan seolah-olah pengguna sedang berkomunikasi dengan manusia lain dan bukan dengan mesin.
e) Imej
Imej adalah ruang persembahan bagi sesuatu objek, yang boleh ditayangkan dalam bentuk dua atau tiga dimensi atau juga dalam bentuk-bentuk imej yang lain. Ia boleh diwujudkan sama ada dalam bentuk maya atau nyata. Fail-fail dalam bentuk .jpg dan .gif digunakan untuk menyimpan lukisan grafik dan imej-imej kerana ia adalah piawaian yang digunakan untuk pemampatan dan penyahmampatan imej berwarna dan tidak berwarna. Selain itu, bentuk fail ini juga boleh menjimatkan storan.
                                           


                                                                                     "BPP wasilah salihah fikrah"

                                                                                                  “PUTRA UNTUK SEMUA”