29 OGOS 2013
Gathering
Anok Ganu Jordan di Malaysia
Julung-julung kalinya PUTRA pada sesi kali
telah menganjurkan satu program di Malaysia bertujuan untuk mengumpul anak-anak
Terengganu yang belajar di Jordan.Program yang bertempat di Taman Rekreasi
Masjid Terapung,Kuala Ibai telah dihadiri oleh ahli PUTRA yang pulang bercuti
di Malaysia dan diserikan lagi oleh tetamu jemputan iaitu Dr Zaid,seorang
pensyarah UNISZA yang baru sahaja menamatkan PhD beliau di Universiti
Yarmouk,Jordan.
Dalam majlis yang cukup harmoni itu,Dr Zaid
sebagai tetamu kehormat melontarkan ucapan berupa nasihat yang bermanfaat
dititipkan buat hadirin yang hadir.Antara isi nasihat beliau ialah pelajar
jurusan agama khususnya haruslah keluar ke tengah-tengah
masyarakat,menyampaikan ilmu yang ada untuk kemaslahatan ummah bukan
menyembunyikan diri dan alim sendiri.Hal ini terjadi begitu ketara sekali dalam
kalangan graduan yang telah selesai pengajian sedangkan masyarakat sangat
memerlukan khidmat dan ilmu daripada mereka.Sedarlah bahawa ummah dasawarsa ini
sangat ketandusan nilai agama dan akhlak!
Beliau melahirkan penyesalan terhadap
segelintir pelajar jurusan agama yang belum ada disiplin diri dari aspek masa
dan juga masih kurang dari segi pengurusan diri dan sebagainya.Perkara ini
menjadi kebimbangan kerana tanpa sedar ia menjadi satu fitnah kepada golongan
agama apabila masyarakat memandang buruk sikap yang ditonjolkan oleh mereka
walaupun bukan semua yang terlibat.
Kata beliau lagi,pelajar sewajarnya
meningkatkan ilmu di dada bukan setakat di tahap ijazah sarjana muda
sahaja.Walaupun sudah di tahap phD,tambahilah ilmu dengan mengajarkannya kepada
orang lain.Sememang ilmu Allah ini sangat luas dan tidak akan habis walau seisi
dunia mengautnya.
Antara yang hadir
Akhirnya,beliau menyeru mahasiswa yang
belajar di Timur Tengah ini agar meningkatkan penguasaan dalam bahasa arab
walaupun berada di Malaysia.Jangan biarkan ia luput setelah lelah
mempelajarinya.
Sebelum majlis berakhir,para hadirin menjamu
selera di bawah pohonan dan deruan angin pantai yang menyejukkan.Majlis
berjalan dengan lancar dan PUTRA mengucapkan terima kasih kepada ahli PUTRA
yang datang memeriahkan majlis.
Dilaporkan oleh: Timbalan BPP 13/14