Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).
Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu
Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)
Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri
Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]
ANDA DAN KESIHATAN
Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.
Selamat Hari Raya Aidil Adha'
Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !
Sunday, 5 October 2014
AHLI MAJLIS TERTINGGI & AHLI LEMBAGA TADBIR
PIMPINAN PUTRA SESI 2014/2015
PUTRA ditubuhkan secara rasmi pada 30 April 1998 bersamaan 4 Muharram 1419 sebagai salah satu simbol kesatuan pelajar demi menguruskan permasalahan ahli terutamanya berkaitan dengan kebajikan.Justeru,peranan PUTRA boleh dibahagikan kepada dua aspek penting iaitu menguruskan kebajikan ahli khususnya dalam bentuk kewangan dan menganjurkan aktiviti tahunan.
Hala Tuju badan pengurus PUTRA Sesi 2014/2015 :-
Motto:
"PUTRA milik bersama"
2. Visi :
Ke arah pembentukan mahasiswa PUTRA yang cakna, berintelektual, berintegriti, berkebajikan dan berperibadi mulia selari dengan perkembangan arus dunia masa kini berteraskan Islam
3. Misi :
- Memperkasakan pengurusan di peringkat pimpinan ke arah lebih sistematik
- Perkasakan kewangan untuk kebajikan ahli
- Memperkasakan pemikiran ahli melalui program-program ilmiah.
- Membentuk peribadi ahli mengikut acuan Islam.
- Tingkatkan kebersamaan ahli melalui program-program yang dianjurkan
- Memberi penghargaan kepada ahli
- menjaga hubungan dua hala antara persatuan dan kerajaan negeri.
4. Objektif :
- Memperkasakan sistem pemantauan dan ukhuwwah sesama pimpinan PUTRA.
- Memperkasakan sumber kewangan dan sumbangan dana untuk kebajikan ahli
- Meningkatkan kualiti program untuk menguatkan kebersamaan sesama ahli
- Meraikan sumbangan dan kejayaan ahli
- Menyemai budaya membaca dan mengkaji dalam kalangan ahli
- Menjadi pemudahcara dalam segala urusan dengan kerajaan negeri
- Menerapkan bi’ah solehah dalam setiap program dan medium maklumat PUTRA.
Saturday, 22 March 2014
AGM PUTRA & FAMILY DAY 2014
Jemput isi spreadsheet,tarikh akhir penyertaan 27/03/2014 jam 12 malam
''1 PUTRA 1 HATI''
"PUTRA UNTUK SEMUA"
Sunday, 16 March 2014
PENAMAAN CALON SPR PUTRA
PANDUAN DAN PERATURAN PENAMAAN CALON PILIHANRAYA BKAN PUTRA
2. Sistem pencalonan yang diketengahkan pada sesi kali ini adalah Sistem Pencalonan Umum
dan Sistem Pencalonan Diri. Sistem Pencalonan Diri bermaksud mana-mana ahli rasmi Putra
yang merasakan dirinya layak bertanding (memenuhi syarat bertanding) untuk bertanding
pada pilihanraya kali ini, dibolehkan dan sangat dialu-alukan untuk mencalonkan diri sendiri.
3. Borang pencalonan umum dan pencalonan diri disediakan dalam link yang berbeza.
Dan borang pencalonan diri terhad kepada 5 orang sahaja
4. Ahli yang layak dicalonkan adalah :
4.1 Ahli yang masih berbaki dua fasal panjang dan bukan terdiri daripada anggota
Jawatankuasa Pilihanraya (JPR).
4.2 Ahli rasmi BKAN PUTRA. Ahli Bersekutu hanya layak mencalonkan dan mengundi
sahaja.
5. Pencalonan yang dibuat adalah bagi jawatan-jawatan dalam Majlis Tertinggi BKAN PUTRA .
6. Semua ahli BKAN PUTRA berhak mencalonkan mana-mana calon SISWA atau calon SISWI
yang dirasakan layak di ruangan yang telah disediakan.
7. Pencalonan yang dibuat hendaklah memenuhi semua ruangan pencalonan yang telah
disediakan bagi calon SISWA dan calon SISWI.
8. Pencalonan dari seorang individu tidak boleh dibuat secara berulang kali. Jika hal ini
dapat dikesan ,hanya borang pencalonan pertama yang dihantar sahaja yang akan dikira.
9. Tempoh Pencalonan yang telah ditetapkan oleh pihak JPR adalah selama EMPAT hari
bermula dari 15 Mac 2014 sehingga 18 Mac 2014 jam 7 petang. Borang pencalonan yang
dihantar selepas tarikh dan masa yang telah ditetapkan adalah tidak dikira sama sekali.
10. Nama yang telah dicalonkan pada kerusi YDP dan TYDP II tidak boleh dicalonkan pada
kerusi AMT,begitu juga nama yang dicalonkan pada kerusi AMT.
Link Senarai Nama Mengikut Universiti :
1] JUST - https://www.dropbox.com/s/7goxhlt752tjz68/JUST.doc
2] AMMAN - https://www.dropbox.com/s/33cdi59w97cat24/AMMAN.doc
3] MAFRAQ - https://www.dropbox.com/s/w56ify27in5uvgm/MAFRAQ.doc
4] MU'TAH - https://www.dropbox.com/s/3wservygdkans7c/MU%27TAH.doc
5] YARMOUK - https://www.dropbox.com/s/v5qvavpqjvhpwg9/YARMOUK.doc
Saturday, 7 December 2013
KARNIVAL SUKAN PUTRA 2013
Thursday, 18 July 2013
JEMPUTAN KE MAJLIS IFTHOR
Kepada semua ahli PUTRA Irbid,anda semua dijemput untuk menghadiri majlis ifthor yang diberi nama IFTHOR SEP2 KITER yang bertempat di PUSKOM,pada hari Sabtu bersamaan 11 Ramadhan 1434H/20 Julai 2013.Tentatif program sebagaimana berikut:
Monday, 1 July 2013
Monday, 10 June 2013
https://twitter.com/
PUTRA UNTUK SEMUA
Ada satu design saje, design 002 (kat bawah tu)... Dan ada dua warna, hitam dan putih.. Tetapi, syarat untuk menempah kedua dua warna ialah, melebihi 15 helai setiap warna.. KALAU, tidak mencukupi 15 helai, kita akan buat tempahan mengikut warna majoriti.. Ape2 pun, isi spreadsheet dulu.. nanti, kami akan hubungi entum....
Tarikh akhir tempahan : 1.7.2013
Bayaran Pendahuluan : 12JD (Kalau boleh bayar penuh, faddol )
**(Bayaran pendahuluan kepada perwakilan atau penolongnya setiap mantiqah)
Tuesday, 4 June 2013
Iklan Rehlah Ke Wadi Asfour,Mu'tah
Assalamualaikum wbt.
Sihat belake awok2 kite?Harap2nye musim cuti ni terisi dgn aktiviti2
berfaedah lah.Sahabat2 yg balik Malaysia tu selamat lah belake.Moga
selamat sapa dan selamat kembali.
Jadinya,hari2 cuti hok masih
berbaki ni,pihak PUTRA akan menganjurkan satu rehlah iaitu REHLAH TAUTAN
KASIH BERSAMA PIMPINAN PUTRA khusus utk kite2 yang dop balik ni.Sape2
yang rase bosan dan berminat nk gi,bolehlah isi spreadsheet bawah ni utk
penyertaan.Tempat hanya terhad untuk 8 org setiap mantiqah.
Tempat: Wadi Asfour,Mu'tah
-sesuai untuk aktiviti berkelah dan menikmati keindahan alam
-terdapat kolam air panas
Tarikh: 6 Jun 2013 hari Khamis
-waktu bertolak akan dimaklumkan kemudian
Bayaran: 8 JD ,merangkumi:
-kos pengangkutan pergi balik
-tiket masuk
-2x makan
-barbeque
Sebarang pertanyaan boleh rujuk PIC program yg berikut:
Irbid :Faiz Fathullah Far East El-Andalusy(0776529943)
: Mawiyah Mohammed(0776157170)
Amman:Faris Izzuddin (0776729343)
Mafraq : Azizi Rashdi (0776557964)
: Nurul Syahirah (0779540951)
Mu'tah : Syaafiq Zakaria (0776963711)
: Puteri Aima Najihah (0776236925)
Jom pakat isi belake,,sape cepat ye dapat!:)
Tarikh tutup:Selasa malam 4 JUN 2013
Tuesday, 21 May 2013
Blazer PUTRA 2013/14
PUTRA sukacitanya membuka tempahan blazer daripada sekarang.Anda boleh mengisi spreadsheet seperti yang tertera untuk tempahan.Jom beli ramai-ramai sebagai tanda kita berbangga menjadi ahli PUTRA.PUTRA UNTUK SEMUA!
link spreadsheet:https://docs.google.com/forms/
Tempahan akan ditutup pada 26/5/2013 jam 10.00 malam.Sesiapa yang mahu dan belum menempah,silalah berbuat demikian sebelum tarikh tutup.Cepat,sebelum terlambat!













































.jpg)
