Sunday 5 October 2014

PIMPINAN PUTRA SESI 2014/2015

PIMPINAN PUTRA SESI 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).
PUTRA ditubuhkan secara rasmi pada 30 April 1998 bersamaan 4 Muharram 1419 sebagai salah satu simbol kesatuan pelajar demi menguruskan permasalahan ahli terutamanya berkaitan dengan kebajikan.Justeru,peranan PUTRA boleh dibahagikan kepada dua aspek penting iaitu menguruskan kebajikan ahli khususnya dalam bentuk kewangan dan menganjurkan aktiviti tahunan.

Hala Tuju badan pengurus PUTRA Sesi 2014/2015 :-

Motto:
"PUTRA milik bersama"

2. Visi :

Ke arah pembentukan mahasiswa PUTRA yang cakna, berintelektual, berintegriti, berkebajikan dan berperibadi mulia selari dengan perkembangan arus dunia masa kini berteraskan Islam

3. Misi :

- Memperkasakan pengurusan di peringkat pimpinan ke arah lebih sistematik 
- Perkasakan kewangan untuk kebajikan ahli
- Memperkasakan pemikiran ahli melalui program-program ilmiah.
- Membentuk peribadi ahli mengikut acuan Islam.
- Tingkatkan kebersamaan ahli melalui program-program yang dianjurkan
- Memberi penghargaan kepada ahli
- menjaga hubungan dua hala antara persatuan dan kerajaan negeri.

4. Objektif :

- Memperkasakan sistem pemantauan dan ukhuwwah sesama pimpinan PUTRA. 
- Memperkasakan sumber kewangan dan sumbangan dana untuk kebajikan ahli
- Meningkatkan kualiti program untuk menguatkan kebersamaan sesama ahli
- Meraikan sumbangan dan kejayaan ahli
- Menyemai budaya membaca dan mengkaji dalam kalangan ahli
- Menjadi pemudahcara dalam segala urusan dengan kerajaan negeri
- Menerapkan bi’ah solehah dalam setiap program dan medium maklumat PUTRA.

0 comments:

Post a Comment