Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Sunday 28 July 2013

INFO MULTIMEDIA

JOM KENALI APA ITU MULTIMEDIA




Multimedia adalah penggunaan komputer untuk menyajikan dan menggabungkan teks, suara, gambar, animasi dan video dengan alat bantu ([tool]) dan hubungan ([link]) sehingga pengguna dapat berinteraksi, berkarya dan berkomunikasi. Multimedia sering digunakan dalam arena dunia hiburan dan juga diadaptasi oleh dunia game.  

Multimedia juga dimanfaatkan dalam dunia pendidikan dan bisnes. Di dalam dunia pendidikan, multimedia digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi sesi pengajaran di dalam kelas. Manakala dalam dunia bisnes pula, multimedia bertindak sebagai alat bantu bagi tujuan perusahaan, mempromosikan sesuatu produk, bahkan juga sebagai latihan dalam sistem e-learning.

Multimedia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kerana kelajuan dan fleksibel. Sebagai contoh dalam bidang kedoktoran, yang mana doktor dilatih untuk melihat operasi virtual yang mana dapat membantu mereka mensimulasikan bagaimana tubuh manusia dipengaruhi oleh virus dan bakteri sekaligus membantu mereka untuk mengembangkan teknik yang berbeza untuk mencegahnya.

Kategori Multimedia
Multimedia dapat di definisikan kepada 2 kategori, iaitu Multimedia Content Production dan Multimedia Communication
  1. Multimedia Content Production merupakan penggunaan beberapa media (teks, audio, graphics, animation, video dan interactivity) yang berbeza dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau menghasilkan sesuatu produk multimedia seperti video, audio, muzik, filem, game, entertaintment, dll. Ia juga ditafsirkan sebagai penggunaan beberapa teknologi yang berbeza untuk menggabungkan media (teks, audio, graphics, animation, video, dan interactivity) dengan cara yang baru untuk tujuan komunikasi. Dalam kategori ini media yang digunakan adalah :
Ø  Media teks/tulisan
Ø  Media audio/suara
Ø  Media video
Ø  Media animasi
Ø  Media gambar
Ø  Media interaktif
Ø  Media special effect

 2. Multimedia Communication merupakan penggunaan media (massa), seperti television, radio, media cetak dan internet untuk menyiarkan / menyampaikan material periklanan, publikasi, entertaintment, berita, pendidikan, dll. Dalam kategori ini media yang digunakan adalah :
Ø  TV
Ø  Radio
Ø  Filem
Ø  Media Cetak
Ø  Muzik
Ø  Game
Ø  Entertainment
Ø  Tutorial
Ø  Internet
Dengan penggunaan multimedia, segala bentuk penyampaian maklumat akan menjadi lebih menarik dan memudahkan pengguna dalam memahami informasi tersebut. Seperti yang disebutkan dalam laporan hasil penelitian yang dikeluarkan oleh Computer Technology Research (Hofstetter, p4) bahwa seseorang hanya akan mampu dapat 20% dari apa yang mereka lihat dan 30% dari yang mereka dengar. Sedangkan melalui multimedia mereka akan mampu dapat 50% dari apa yang mereka lihat dan dengar, sehingga  80% daripada apa yang mereka lihat, dengar dan berinteraksi  pada waktu yang sama.


Design Multimedia

Teknologi multimedia telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan teknologi pada komputer PC dan pada era globalisasi ini multimedia merupakan salah satu teknologi paling popular selain internet. Dengan multimedia kemampuan dalam menyampaikan pesanan dan maklumat dengan menggabungkan unsur teks, gambar, suara dan video, maka ribuan produk telah berjaya dipasarkan di seluruh dunia.









"BPP wasilah salihah fikrah"

“PUTRA UNTUK SEMUA”

Friday 19 July 2013







SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SEMUA WARGA PUTRA

ayuh sama-sama kita tingkatkan amalan kita dan sama-sama merebut peluang yang ada pada bulan ramadhan. 

tigkatkan amalan dengan bertaddarus bersama kawan-kawan,qiamullail,sedekah jariah,zikir dan banyak lagi amalan-amalan yang boleh dilakukan.

"PUTRA UNTUK SEMUA"

Thursday 18 July 2013

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTHOR

Assalamualaikum wbt
Kepada semua ahli PUTRA Irbid,anda semua dijemput untuk menghadiri majlis ifthor yang diberi nama IFTHOR SEP2 KITER yang bertempat di PUSKOM,pada hari Sabtu bersamaan 11 Ramadhan 1434H/20 Julai 2013.Tentatif program sebagaimana berikut:
  
               6.30 petang: Ketibaan
                                     Tazkirah
                                      Bacaan tahlil
               7.50 petang: Ifthor ringan
                                      Solat maghrib berjemaah
                                      makan 
                8.30 malam: Bersurai ~ solat terawih

Kalian juga digalakkan untuk membawa sedikit juadah ringan sebagai pembuka selera.Mari belake neh..bile lagi nok buke pose rama2 gini.:)


PUTRA UNTUK SEMUA

Sunday 7 July 2013

RAMADHAN CONTEST

[BPP]
RAMADHAN CONTEST

Assalamualaikum wbt.
Buat julung2 kalinya, Biro Penerangan & Penerbitan PUTRA sesi kali ni menganjurkan satu pertandingan sempena Ramadhan yg bakal tiba tidak lama lagi.Jom, rebut peluang ini untuk sama2 kita raikan Ramadhan yg berkat ini!

Di samping beribadat,bertadarus dan berzikir,tiada salahnye kita buktikan semangat kita meraikan kemuliaan Ramadhan melalui penulisan dan poster.In Sya Allah,ada HADIAH menarik bakal menanti!

Kategori:
1.Poster
2.Puisi(sajak,seloka,pantun)

Antara syarat2 penyertaan:
1.Karya mestilah asli dan tidak diciplak daripada hasil orang lain
2.Poster atau puisi hendaklah berkisar tentang Ramadhan
3.Ada logo PUTRA pada poster.
4.Hantar pada tarikh yang tertera dan tidak akan diterima lebih daripada tarikh yang ditetapkan.
5.Seorang untuk satu penyertaan sahaja.
6.Ahli PUTRA(sep kiter je)

Sesiapa yang berminat,sila isi spreadsheet di bawah ini.
https://docs.google.com/forms/d/1BWQlSSx2rKXJj1fZy4oJF5HCfVJCNRL-tGurP8bkqps/viewform

Hantar hasil karya anda kepada:
Faiz Fathullah Far East El-Andalusy (0776529943)
Aishah Sakinah Neraca Iman (0779467231)

Tarikh hantar: 10 - 29/7/2013
"Ramadhan berkah,bakat terserlah"

"BPP wasilah salihah fikrah"
"PUTRA UNTUK SEMUA"
 



Thursday 4 July 2013

ROAD TO RAMADHAN

Bismillah..

Tersebutlah kisah..
     Ada seorang Pak Cik, namanya, Pak Cik Karim. Pak cik ni, sangat terkenal dengan gerai air susu lembunya. Gerainya, saban hari, semakin bertambah pengunjung. Pak Cik Karim sangat menjaga kebersihan gerainya, menjaga kualiti susunya. Jadi, tidak hairanlah kenapa gerainya sangat ramai yang datang untuk mendapatkan susu lembu beliau secara percuma. Malah, lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Subhanallah, ada keberkatan dalam kerjanya.
     
    Apa yang menarik dengan gerai Pak Cik Karim adalah, selain susunya diberikan secara percuma, beliau juga mensyaratkan sesiapa yang nak minum susu, dia mestilah membawa gelas bersamanya. Kiranya, tugas Pak Cik Karim hanyalah menuangkan air susu dalam gelas yang di bawa oleh pengunjungnya. Pak Cik Karim juga, ada pengunjung tetap. Ada pelbagai dan bermacam karakter pengunjung yang datang untuk minum susu lembu Pak Cik Karim.
   
   Dua orang pemuda, Abu dan Zaid, merupakan pengunjung setia Pak Cik Karim yang paling kerap ke gerainya. Karakter mereka berdua sangat berbeza. Abu sangat pembersih orangnya, manakala Zaid pula sebaliknya. Setiap kali Abu ingin minum susu, dia akan membawa gelasnya yang sangat bersih. Zaid pula membawa gelasnya yang kotor.
    
    Lagi satu, untuk mendapatkan susu Pak Cik Karim, ada masanya, setiap orang hanya boleh mendapatkan susu kambing dalam masa 30 saat sahaja. Jadi, setiap kali Zaid tiba di depan gerai Pak Cik Karim, masa 30 saatnya hanya dihabiskan dengan Pak Cik Karim membersihkan gelasnya. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya, Zaid dapat bawa pulang gelas yang bersih. Berbeza pula dengan Abu. Tiga puluh saatnya dapat diisi dengan air susu yang sangat menyegarkan untuk diminum.

TAMAT

     Pengajaran yang ingin dikongsikan dalam cerita ini adalah. Pak Cik Karim diibaratkan Ramadan Kareem yang datang sekali setahun sahaja, 30 hari sahaja dalam setahun. Abu dan Zaid merupakan gambaran kepada kita dalam persediaan menyambut Ramadan. Abu sangat bersedia untuk menyambut kedatangan Ramadan. Dan pada akhirnya, dia Berjaya mendapat reward Ramadan Kareem. Kalau kita membuat persediaan sebaiknya sebelum Ramadan, InsyaAllah, Ramadan yang datang bakal membersihkan lagi hati kita, meningkatkan lagi kualiti iman, amal dan taqwa kita kepada Allah..
   
     Semoga kita tidak tergolong dalam golongan seperti Zaid. Oleh sebab tiada persiapan untuk menyambut Ramadan, jadi, sepanjang sebulan Ramadan, hanya dihabiskan untuk membersihkan hati yang tersangat kotor. Sedangkan Ramadan yang kita inginkan adalah menyucikan lagi hati kita agar berkilat dengan kilauan iman. Namun, tidak dinafikan, sekurang-kurangnya, Zaid mendapat gelas yang bersih di akhirnya. Semoga gelas itu kekal bersih dan sentiasa digilap sentiasa walaupun Ramadan dah berlalu.

Jadi, apakah persiapan yang boleh kita lakukan dalam bulan sya’ban yang berbaki ini dan Ramadan yang semakin hampir?

Antaranya;
-Bertaubat dan sentiasa memperbaharui taubat.

-Basahkan lidah dengan berzikir.

-Tilawah Al Quran (cuba untuk menghabiskan bacaan Quran satu juzuk sehari)

-Berdoa [Yahya bin Abi Kathir meriwayatkan: “Diantara doa-doa orang soleh: ‘Ya Allah, jumpakan aku dengan Ramadan dan serahkan Ramadan kepadaku, terimalah amalan yang aku lakukan di dalamnya.’]

-dah boleh start sikit-sikit solat berjemaah di masjid.

-Menguar-uarkan kehadiran Ramadan [Rasulullah صلى الله عليه وسلم  menguar-uarkan berita gembira dengan ketibaan Ramadan kepada para sahabatnya. Baginda memerintahkan agar para sahabat mengalu-alukan kehadirannya dengan bersabda (maksudnya): “Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu seluruh bulan-bulan (Hijrah), maka alu-alukanlah ketibaannya.”]

  Apa tunggu lagi…, ayuh kengkawan, sama-sama kita buat persiapan dan persediaan untuk mendaftarkan diri masuk ke Madrasah Tarbiyah beralamat di Lot 1434H, Jalan Menuju Taqwa, Kg. Ramadhan Kareem, Syurga Firdausi.
Semoga antum semua menjadi pelajar terbaik dalam anugerah Ramadan Kareem.
اللهم بلغنا رمضان





p/s: trophy ini hanya layak untuk mereka yang paling bersedia menyambut kedatangan Pak Cik Karim.. :D

written by:Unit Pengisian Rohani BPP


      

Monday 1 July 2013

PERKHIDMATAN MENJAHIT

Di sini, Biro Ekonomi PUTRA, julung2 kalinya, menawarkan perkhidmatan menjahit..
bagi sesiapa yang ingin alter jubah/seluar/dll..
bolehla pergi ke bilik 7, sakan 5. MAFRAQ ONLY!!..
ni kali pertama, dari Maliziy sendiri yang menjahit..
apalagi... jommmm lah