Saturday 1 June 2013

Sumbangan PUTRA

29 Mei,Jordan:Baru-baru ini,seorang ahli PUTRA bernama Farah Aisyah binti Ahmad,tahun dua mahasiswa Universiti Yarmouk telah dimasukkan ke hospital (King Abdullah University Hospital) kerana menghidap penyakit left inguinal hernia dan apendiks.Keadaan beliau kini sudah stabil dan telah keluar dari hospital pada 16 Mei 2013.Oleh itu,satu kutipan derma telah dilancarkan oleh Biro Kemasyarakatan dan Sukan untuk meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh saudara Farah Aisyah untuk membayar kos pembedahan yang telah beliau jalani.Sumbangan daripada PUTRA sebanyak JOD100 telah disampaikan oleh wakil ALT PUTRA kepada saudara Farah Aisyah di Irbid pada waktu petang hari ini.




Pada tarikh yang sama,wakil daripada Biro Kemasyarakatan dan Sukan telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang sebanyak JOD50 kepada seorang ahli PUTRA yang bernama Hazimah binti Hamid,tahun satu,mahasiswa Universiti Mu'tah kerana kehilangan JOD260 dan kad bank disebabkan dompet mangsa tercicir ketika berada di balad.Diharap dengan sumbangan yang tidak seberapa daripada pihak PUTRA ini dapat membantu ahli PUTRA yang ditimpa musibah.BERNAMA.