Wednesday 12 June 2013

REHLAH TAUTAN KASIH BERSAMA PIMPINAN PUTRA

6 JUN Rabu,Thofileh:Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan(PUTRA) telah menganjurkan satu rehlah yang bertempat di Wadi Afro iaitu tempat rekreasi yang terkenal di Thofileh,Mu'tah.Kehadiran peserta seramai 44 orang termasuk pimpinan PUTRA telah memeriahkan lagi program yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di antara pimpinan dan ahli.Dengan slogan "Rehlah berjaya,ukhuwwah terpelihara" pelbagai aktiviti menarik telah dirancang supaya objektif program ini tercapai.Tambahan pula,ini adalah program pertama yang dianjurkan oleh pimpinan sesi baru secara santai dalam usaha untuk menyemai hubungan dalam kalangan ahli.

      Ahli dan pimpinan PUTRA dari setiap mantiqah seperti Irbid,Amman dan Mafraq telah bertolak pada awal pagi dan sampai di pekan Mu'tah tepat jam 10 pagi sebelum bertolak ke Wadi Afro pada jam 11.30 pagi.Perjalanan dari pekan Mu'tah ke Wadi Afro mengambil masa selama 45 minit setelah menempuh laluan berbukit untuk sampai ke destinasi.Setelah solat zuhur,semua peserta program berkumpul untuk mendengar tazkirah dan ucapan serta taklimat ringkas berkenaan tentatif program.Tazkirah telah disampaikan oleh saudara Fadhli Hatta,wakil daripada pihak syabab dan saudari Shahirah Amalina selaku wakil daripada akhowat.Selanjutnya ucapan daripada pengarah program Ustaz Syaafiq Zakaria yang menyentuh serba sedikit sejarah Thofileh diikuti pula ucapan oleh YDP PUTRA,Ustaz Amirul Aiman.Beliau menyeru semua ahli dan pimpinan PUTRA agar bekerjasama dan saling melengkapi untuk memacu PUTRA ke arah yang lebih baik.

     Pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan oleh pengarah dan pengurus program menjadikan program rehlah ini bermanfaat dan berilmiah.Antara aktiviti menarik yang dilakukan adalah mandi di kolam air panas,mendaki bukit,berkelah sambil menikmati keindahan semulajadi dan berbabeque.Program berakhir dengan sesi bergambar pimpinan bersama peserta dan bertolak pulang pada jam 10.15 malam.

     Menurut salah seorang peserta rehlah,program sebegini sepatutnya perlu dilaksanakan secara kerap bagi memastikan ukhuwwah antara ahli dan pimpinan Putra terus erat.Pihak PUTRA mengucapkan ribuan kemaafan di atas kekurangan program ini dalam masa yang sama mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada peserta dan ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar.
Disunting oleh:BPP