Tuesday 24 September 2013

RAMAH MESRA BERSAMA DELEGASI

Ramah mesra bersama delegasi  dari kerajaan negeri Terengganu

Baru-baru ini,pihak PUTRA telah menerima kunjungan daripada delegasi kerajaan Negeri Terengganu yang bertempat di Amman dan Irbid.Maklumat program sebagaimana berikut:

Di Amman,
Tarikh: 13 September 2013
Tempat: Rumah Persatuan persatuan Amman
Masa: Selepas maghrib
Ahli yang hadir: 15 orang

Di Irbid,
Tarikh: 15 September 2013
Tempat: Pusat Intelektual(PUSTEL)
Masa: Selepas maghrib
Ahli yang hadir: 30 orang

Antara pihak delegasi yang hadir


Delegasi yang hadir antaranya :

1.Yang Berhormat Pehimi bin Yusof,ADUN Jerteh merangkap Exco Pendidikan Negeri Terengganu
2.Encik Mohd Roshali,Pengarah APMT(Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu)
3.Ustaz Kamalruddin,Pegawai Khas Menteri Besar  bahagian agama
4.Encik Lukema,Ketua Unit Integriti di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)
5.Ustaz Kamal bin Saidin,Bekas Pegawai Khas Menteri Besar bahagian agama
6.Ustaz Kamal bin Abdullah,Penolong Pengarah Hal Ehwal Imtiyaz,Yayasan Terengganu

Pesanan oleh YB Pehimi kepada AMM PUTRA


      Menerusi ucapan daripada kesemua delegasi yang datang,intipati terpenting yang perlu ada pada setiap mahasiswa adalah kesungguhan dalam menuntut ilmu di Jordan ini.Menekuni ilmu bukan sahaja pada silibus universiti bahkan ilmu-ilmu yang tidak diajar di institusi yang formal.Pokoknya,rajin dan tekun itu perlu dalam diri seorang penuntut ilmu yang ikhlas menadah titisan mutiara ilmu bukan hanya kerana sijil.Apabila keikhlasan itu menjadi pangkalnya,apa sahaja jawatan atau pekerjaan akan mengekori kita.
      Juga tawaran yang agak menarik daripada pihak legasi,mahasiswa yang telah menamatkan pelajaran di sini boleh memohon untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri Terengganu kerana banyak peluang pekerjaan ditawarkan di sana.

YB meneliti kertas kerja PUTRA


Ustaz Tuan Mat menandatangani surat untuk diluluskan sumbangan

      Hasil pertemuan pihak legasi dengan AMM PUTRA pula,YB Pehimi bersetuju untuk menyumbang wang di bawah Tabung ADUN Jerteh dan meluluskan sumbangan untuk peralatan dan aset sukan.Selain itu juga,pihak Yayasan Terengganu turut menghulurkan wang secara tunai untuk kelancaran gerak kerja PUTRA .Menurut YB Pehimi,pihak PUTRA  bolehlah menyediakan surat untuk memohon sumbangan lain daripada Pejabat Menteri Besar.
      Berita baik buat ahli PUTRA! Pihak legasi juga menyatakan bahawa kemungkinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said akan berkunjung ke Jordan pada tahun hadapan untuk melawat anak-anak Terengganu di sini.BERNAMA.

antara ahli PUTRA yang hadir di Irbid