Tuesday 21 May 2013

Jelajah PUTRA UNTUK SEMUA

MAJLIS RAMAH MESRA BARISAN PIMPINAN PUTRA  SESI 2013/14
BERSAMA MAHASISWA  DI SELURUH JORDAN


            Majlis ini telah diadakan pada awal bulan Mei bermula dari mantiqah Amman kemudian diikuti dengan mantiqah Mu’tah, Irbid dan Mafraq. Tujuan utama  majlis ramah mesra ini adalah untuk memperkenalkan barisan pimpinan baru PUTRA bagi  sesi 2013/14. Di samping itu, majlis ini juga diadakan untuk merapatkan ukhwah antara barisan pimpinan PUTRA bersama ahli.

 Antara perkara yang dibincangkan dalam majlis ini adalah :

·         Agenda PUTRA bagi sesi 2013/14
·         Permasalahan yang timbul dalam kalangan ahli PUTRA
·         Pertanyaan atau cadangan daripada ahli PUTRA sendiri
·         Biro ekonomi mengajak mana-mana ahli PUTRA yang ingin berkongsi modal untuk     berniaga  bersama.
·         Pihak UZS akan menyediaka tiga tabung bagi menyalurkannya kepada kecemasan untuk mahasiswa, derma kilat dan untuk PUTRA sendiri.
·         Jamuan ringan

Pimpinan pada sesi ini akan sentiasa turun ke empat-empat mantiqah bagi bertemu sambil beriadah bersama-sama ahli PUTRA.
Alhamdulillah,program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran ahli PUTRA.Terima kasih kerana hadir memeriahkan majlis.