PERHATIAN : DERMASISWA INI KHUSUS UNTUK RAKYAT NEGERI
TERENGGANU YANG BERMASTAUTIN DI TERENGGANU & TIDAK MENDAPAT MANA-MANA
TAJAAN / PEMBIAYAAN.
Langkah-langkah yang perlu diikuti untuk mengisi dan memohon zakat MAIDAM
TERENGGANU :
1.Isikan borang zakat selengkapnya.
2.Dapatkan Isbat Tolib (surat pengesahan pelajar) yang asli dalam BAHASA
INGGERIS dari Universiti masing-masing.
3.Dapatkan surat sokongan dari persatuan zon masing-masing melalui setiuasaha
bagi memohon surat sokongan dari EMJ.
4.Dapatkan surat sokongan menyatakan anda belajar di Jordan dan cop dari EMJ bagi mengisi ruangan di no 16 dalam borang zakat.
PENTING:
5.Bagi ahli PUTRA yang telah mempunyai item yang lengkap termasuk surat
pengesahan bermastautin di Terengganu, dan ingin borangnya diuruskan(*) oleh
pihak PUTRA, sila hantarkan kepada perwakilan PUTRA mantiqah masing-masing
selewatnya 27.11.2011 ( AHAD ).
p/s :
1. Bagi tahun 1 yang masih belum memiliki kasyful alamat (keputusan peperiksaan
terkini), bolehlah sertakan dokumen lain yang dipinta dan dokumen-dokumen lain
yang difikirkan sesuai.
2. Jika ingin membuat urusan dan pos sendiri, bolehlah mengikut langkah 1
hingga 4 seperti di atas.
3. Selepas tarikh 27.11.2011 ( AHAD ), pihak PUTRA tidak bertanggungjawab untuk
menguruskan cop pegesahan dan surat sokongan dari EMJ .
(*) Bagi ahli yang menyerahkan borangnya untuk diuruskan oleh PUTRA, pihak
PUTRA hanya akan menguruskan perkara-perkara berikut sahaja:
a. permohonan cop dan surat sokongan dari EMJ
PERINGATAN PENTING!!!
Sila pastikan item-item berikut telah disertakan dengan lengkap sebelum
diserahkan kepada PUTRA (bagi yang mahu diuruskan oleh PUTRA) kerana pihak kami
TIDAK AKAN melakukan semakan ke atas borang tersebut. Lampirkan bersama borang
permohonan :
1.Surat Tawaran Belajar ke Jordan
2.Surat Bermastautin
3.Sijil-sijil Akademik ( SPM dll )
4.Keputusan Peperiksaan Semester
5.Salinan Muka Depan Muka Bank
6.Sijil Kursus Bahasa & Kursus BTN
7.Kad Pengenalan Pemohon,Ibu Bapa/Penjaga
8.Surat Penolakan dari Yayasan Terengganu/PTPTN/MARA/JPA/Lain-Lain Yang
Berkaitan
9.Salinan Slip Gaji Ibu / Bapa / Penjaga / Pengesahan Pendapatan Bagi Yang
Bekerja Sendiri
10.Lain-Lain Dokumen Berkaitan
BIRO ZAKAT DAN PINJAMAN PUTRA SESI 11/12