Monday 21 March 2011

TERENGGANU BERKABUNG




KUALA TERENGGANU 21 Mac - Kerajaan negeri mengarahkan semua program dan aktiviti berbentuk hiburan di seluruh negeri dibatalkan berkuat kuasa serta-merta bagi menghormati kemangkatan Almarhum bonda tiri Yang di-Pertuan Agong, Tengku Bariah Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah al-Haj, awal pagi ini.


Berikutan itu juga, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Wan Ahamad Wan Muda berkata, semua jabatan dan agensi kerajaan serta swasta di negeri ini diarah mengibarkan bendera negeri separuh tiang sebagai tanda berkabung. - Utusan






Almarhumah merupakan Bonda Tiri kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Almarhumah merupakan Mantan Tengku Ampuan Besar Terengganu. Bonda Tuanku Mizan adalah isteri kedua Almarhum Sultan Mahmud iaitu YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Alsagoff. Almarhumah tidak dikurniakan sebarang cahayamata. Almarhumah juga merupakan bonda saudara kepada Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Al-Fatihah kepada Almarhumah YMM Tengku Ampuan Bariah semuga Roh Almarhumah ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh. 
AMIN.


0 comments:

Post a Comment