Pimpinan PUTRA Sesi 2014/2015

Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan atau singkatannya (PUTRA) merupakan sebuah badan kebajikan anak negeri Terengganu yang bernaung di bawah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan (MPMMJ) serta Education Malaysia Jordan (EMJ).

Lawatan Rasmi Delegasi Yayasan Terengganu

Sekitar lawatan rasmi delegasi Yayasan Terengganu ke bumi Jordan . Lawatan rasmi ini diadakan di semua 4 mantiqah iaitu , Yarmouk ( Universiti Yarmouk dan Jordan University Science and Technology) , Mafraq ( Universiti al-Bayt) , Amman ( Universiti of Jordan) . Mu'tah ( Universiti Mu'tah)

Karya Siswa Sempena Ramadhan Dan Aidil Fitri

Wan Nur Farhana,Universiti Yarmouk “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” [Al-Baqarah:183]

ANDA DAN KESIHATAN

Assalamualaikum semua..Suka kami untuk berkongsi dengan anda tips penjagaan kesihatan terutamanya ketika musim sejuk yang bakal tiba.

Selamat Hari Raya Aidil Adha'

Selamat Menyambut Hari Raya Aidul Adha buat semua ummat Islam di dunia . كل عام وأنتم بخير !

Showing posts with label PERWAKILAN PUTRA. Show all posts
Showing posts with label PERWAKILAN PUTRA. Show all posts

Friday, 27 September 2013

SLOT PUTRA BERSAMA MAHASISWA BARU



IRBID,20/9 JUMAAT

Slot BKAN PUTRA bermula sekitar jam 1.30 petang.Kesemua pelajar baru yang hadir seramai 44 orang yang terdiri daripada 19 orang syabab dan 25 orang syabab namun bilangan ini masih belum rasmi.Antara pimpinan PUTRA yang datang ialah bendahari PUTRA,Wan Nur Syakira,Perwakilan Yarmouk,Hasrul dan timbalan,Mawiyah,Timbalan Biro Ekonomi,Nadia Azman dan juga Timbalan BPP.Borang keahlian telah diagihkan dan yuran sebanyak 3JD telah dikutip oleh perwakilan Yarmouk.

pelajar baru yang hadir


Pimpinan PUTRA yang hadir dan memberi penerangan




MAFRAQ,20/9 JUMAAT

Slot BKAN PUTRA bermula pada jam 11.00 pagi.Bilangan pelajar baru yang berdaftar dengan PUTRA seramai lebih kurang 16 orang.Pimpinan PUTRA yang telah memberi ucapan dan penerangan antaranya YDP Ustaz Amirul Aiman,Perwakilan Mafraq,Azizi Rashdi dan Nurul Syahirah serta Ketua Biro Kemasyarakatan dan Sukan dan timbalannya,Ustaz Ismail Zakaria dan Wan Najwa Aqilah.Borang keahlian diagihkan dan dihantar beserta yuran keahlian sebanyak 3JD.

pelajar2 baru seramai 16 orang

p/s:humor semata-mata

timbalan perwakilan Mafraq bersama para akhowat









MU’TAH,21/9 SABTU

Pada jam 1.00 petang hari Sabtu,bermulanya slot BKAN PUTRA yang telah dikendalikan oleh Timbalan YDP 1 PUTRA,Ustaz Tuan Muhammad,Perwakilan Mu’tah,Puteri Aima Najihah dan penasihat PUTRA Ustazah Masyitah.Seramai 9 orang akhowat dan 11 orang syabab daripada mahasiswa baru yang mendaftar sebagai ahli PUTRA.Walaubagaimanapun,bilangan ini masih belum rasmi dan kemungkinan ade penambahan bilangan ahli baru.Penerangan serba sedikit tentang PUTRA telah disampaikan oleh Ustaz Tuan Muhammad.Borang keahlian diagihkan oleh perwakilan dan sebanyak 3JD yuran keahlian telah dikutip daripada setiap ahli baru.

Depan kuliah syariah,Universiti Mu'tah

Tuan Mat memberikan penerangan

rerumput kehijauan menjadi tempat duduk




AMMAN,20/9 JUMAAT

Slot BKAN PUTRA bermula pada jam 2.00 petang.Ustaz Faris Izzuddin,Perwakilan Amman satu-satunya pimpinan PUTRA yang hadir memberikan sedikit penerangan kepada 11 orang mahasiswa baru yang berdaftar dengan PUTRA.Borang keahlian telah diagihkan serta yuran sebanyak 3JD dikutip daripada setiap ahli.

mahasiswa baru

"jgn la amik gmbo ana"

p/s:humor semata-mata