بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan diri dan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang telah memberikan kita pelbagai nikmat yang tidak terhitung banyaknya di dunia ini. Perbanyakkan juga selawat ke atas junjungan terpuji Muhammad s.a.w. serta seluruh sahabat, tabi’in dan para solehin sehingga akhir zaman.
Setelah setahun berlalu, kini tiba masanya sekali lagi untuk kita sama-sama berkumpul dan berukhuwwah dalam Mesyuarat Agung Tahunan PUTRA Kali ke-12 yang insyaallah akan diadakan pada hari Jumaat, 21 Oktober 2011 ini bertempat di Irbid, Jordan.
Tujuan Mesyuarat Agung Tahunan diadakan adalah untuk kita sama-sama bermuhasabah di antara pihak pimpinan dan ahli, bermula dari pembentangan laporan segala aktiviti sepanjang sesi 2010/2011, sehinggalah perbincangan mengenai sebarang masalah yang timbul sama ada di kalangan pimpinan atau ahli. Peluang ini haruslah kita ambil dan optimumkan sebaiknya bagi menyuarakan hasrat dan pandangan, kerana dalam setiap penggal kepimpinan, kita hanya ada beberapa kali pertemuan, dan pertemuan pada Mesyuarat Agung Tahunan adalah yang paling besar di mana peluang untuk perbincangan dua hala dibuka seluas-luasnya.
Sumber : Designosophy |
Sesi bersama PUTRA 2010/2011 adalah suatu sesi yang agak panjang dan banyak pengalaman yang dapat diambil untuk dijadikan pemangkin semangat dan iktibar untuk kita menjadi mahasiswa yang lebih baik. Beberapa program bertarikh dan tidak bertarikh telah berjaya dilaksanakan dengan izinNya, meskipun kita terpaksa menangguhkan satu program besar iaitu Seminar Sains Dalam Islam (SMESI) kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.
Selain itu, kita juga telah berjaya mendapatkan suatu dana kewangan yang agak besar daripada pihak-pihak tertentu di Malaysia yang telah melaksanakan sebahagian kewajipan dan tanggungjawab sosial mereka. Dana ini saya kira adalah mencukupi untuk digunakan sepanjang sesi pentadbiran 2011/2012 kelak. Namun begitu, usaha untuk mendapatkan dana yang lebih haruslah diberi perhatian bagi kegunaan pada waktu-waktu kecemaasan.
Apa yang kita harapkan adalah agar semua warga PUTRA dapat sama-sama turun dan memberikan komitmen kepada mesyuarat kali ini, di samping dapat menyumbangkan idea-idea dan cadangan bernas bagi memperkasakan lagi sesi kepimpinan 2011/2012 nanti. Semua usaha ini dapat kita simpulkan sebagai suatu bentuk usaha tolong-menolong sesama kita dalam meningkatkan kualiti hidup kita sebagai seorang Muslim.
وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
Mafhumnya : “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” [al-Maidah : 2]
Saya mewakili sesi kepimpinan PUTRA 2010/2011 mengambil peluang dalam kalam ini untuk memohon ribuan kemaafan dari seluruh warga PUTRA andaikata terdapat salah dan kekurangan dari pihak kami, ada hak-hak yang tidak tertunai, ada kebajikan ahli yang terabai, atau mungkin ada janji yang tidak terlaksana. Kami telah melakukan usaha-usaha yang sepatutnya, namun sebagai manusia biasa, kami tidak terlepas dari kesilapan.
Terima kasih juga kami ucapkan kepada anda semua kerana telah berkerjasama dan memberikan komitmen yang sangat baik bagi memastikan PUTRA dipacu lurus ke hadapan untuk merealisasikan motto PUTRA pada sesi kali ini – Ke Arah Kegemilangan PUTRA. Hanya Allah s.w.t. sahajalah yang dapat memberikan ganjaran atas sumbangan ikhlas anda.
Akhir kata, kami menyeru seluruh warga PUTRA untuk sama-sama hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan kali ini dan mengambil manfaat penuh daripadanya.
Sekian, terima kasih.
Mohd Aisamuddin Bin Ibrahim,
Yang Dipertua,
Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan (PUTRA),
Sesi 2010/2011.
saya nak sebahagian dari duit maidam.terima kasih.haha
ReplyDeletesemoga PUTRA terus maju..mencari saham akhirat untuk para ahli....[pertahankan kepimpinan Ulama']
ReplyDelete@anonymous : x bleh.. haha :P
ReplyDelete@ibn suhaimi : trime kasih atas kesudian tuan hamba mencemar duli menjadi pgerusi sidang d majlis kami :) jazakallahu bikheir..
kırşehir
ReplyDeletekırıkkale
manisa
tokat
urfa
SE1KS