Thursday, 20 June 2013

TANGISAN BUMI MAFRAQ

Mafraq,17 Jun:Sungguh,kematian itu pasti menjelma tidak kira usia sama ada muda ataupun tua.Begitulah lumrah kehidupan sebagaimana yang telah terjadi ke atas pasangan Fadhli Mokhtar dan isteri,Wan Fatin Nabilah kerana telah kehilangan cahaya mata sulung mereka yang bernama Wan Abdul Fattah pada jam 9 pagi hari ini.Sebab kematian bayi mereka yang baru berumur 23 hari itu dikatakan belum dikenal pasti namun ada tanda seperti suhu badan Wan Abdul Fattah meningkat secara mendadak sebelum dijemput menghadap Illahi.Bayi pasangan Fadhli Mokhtar dan Wan Fatin Nabilah ini telah dikebumikan di sekitar Mafraq pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama.
   
    Sehubungan itu,pihak Persatuan Mahasiswa Terengganu Jordan(PUTRA) yang dikendalikan oleh Biro Kemasyarakatan dan Sukan telah melancarkan kutipan derma kilat untuk pasangan ini bertujuan untuk meringankan beban yang ditanggung.Semoga kedua-dua pasangan ini terus tabah dan sabar dalam menghadapi ujian getir ini.Al Fatihah buat adik Wan Abdul Fattah.BERNAMA.