Friday 23 September 2011

Penyerahan Cek Sumbangan MAIDAM kepada PUTRA


Mafraq, 16 September 2011 : Pada hari Jumaat yang lepas, telah diadakan satu perjumpaan di antara Delegasi MAIDAM bersama anak-anak Terengganu di Jordan. Para delegasi tersebut telah melawati 3 mantiqah se-Jordan iaitu Irbid, Mafraq dan Mu'tah dalam usaha mereka untuk bertemu dengan kami, warga PUTRA di Jordan. Mereka tiba di Jordan pada 14 September 2011 bersama 47 Mahasiswa/wi Tahun 1, di bawah program MAIDAM.

Dalam pertemuan bersama anak-anak Terengganu, khususnya mahasiswa/wi yang menerima bantuan zakat dari Kerajaan Negeri Terengganu, pihak delegasi amat berharap agar bantuan yang telah diberikan kepada mahasiswa/wi dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Beberapa isu juga telah diperjelaskan oleh wakil delegasi berkaitan taraf kenaikan zakat yang terbaru dan beberapa skim program tajaan di bawah kelolaan pihak MAIDAM sendiri. 

Pada tahun ini, pihak MAIDAM telah menghantar seramai 47 orang pelajar yang terlibat yang terdiri daripada calon-calon bagi Program Memperkasa Ulama (8 orang), Pakar Sakit Puan (3 orang) dan penerima Biasiswa Al-Ansar MAIDAM (36 orang).

Pada perjumpaan kali ini, pihak MAIDAM yang diketuai oleh Yang Di-Pertua MAIDAM sendiri iaitu, Y. Bhg. Dato' Senara Muda Dato' Haji Mazlan bin Hashim telah menyerahkan cek sumbangan bernilai RM 20,000.00 kepada pihak PUTRA yang diwakili oleh Naib Yang Di-Pertua PUTRA, saudari Tengku Nadhirah binti Tengku Zainal.



Majlis Penyerahan Cek Sumbangan

Y. Bhg. Dato' Senara Muda Dato' Haji Mazlan bin Hashim menyerahkan cek sumbangan kepada Naib Yang Di-Pertua PUTRA sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Tuan Haji Harujan bin Sulaiman )



Saya selaku Ahli Majlis Kepimpinan PUTRA sesi 2010/11 mengucapkan ucapan sekalung tinggi penghargaan kepada pihak MAIDAM di atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga dengan adanya peruntukan dana ini, kami dapat menjalankan dan merancang pelbagai aktiviti-aktiviti yang bermanfaat khusus untuk anak-anak Terengganu di Jordan. Dan diharapkan perjumpaan kali ini menjadi titik temu yang lebih baik ke arah hubungan yang lebih erat di antara pihak MAIDAM dan kami, warga PUTRA di Jordan.


Sekian.



Disediakan oleh :
PIC Mantiqah Mu'tah,
(Wan NurulHidayah Binti Wan Ismail Sahaimi)
Timbalan Biro Dakwah dan Pendidikan PUTRA.



1 comment:

  1. Tahniah kepada seluruh warga PUTRA.. semoga hubungan baik PUTRA-MAIDAM dapat berterusan pada sesi2 akan datang insyaallah..

    ReplyDelete